Wednesday, November 24, 2021

MCA menang kawasan Melayu tapi hilang deposit kawasan Cina



MELAKA – Tatkala MCA meraikan kejayaan parti itu memenangi dua kerusi DUN, sebenarnya ianya adalah suatu muhasabah kepada mereka, UMNO dan juga orang Melayu secara keseluruhannya.

MCA memenangi dua kerusi DUN, iaitu di Machap Jaya dan Kelebang. Kedua-dua kerusi ini adalah kawasan majoritinya pengundi Melayu.

MCA kalah teruk di kesemua kerusi majoriti pengundi Cina, malah hilang wang deposit di dua kerusi majoriti Cina tersebut kerana gagal meraih jumlah undi minimum. MCA hilang deposit di DUN Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Ramai yang berpandangan bahawa MCA tidak perlu bersorak sangat jika betul-betul bermaruah kerana hanya jaguh di kawasan Melayu dengan menumpang ihsan orang Melayu dan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-