Tuesday, November 16, 2021

PRN Melaka diadakan bukan salah UMNO jadi undilah BN, kata Sulaiman

agendaily.com
16/11/2021

Datuk Seri Idris Haron menuduh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengikut telunjuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri (KM) Melaka sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak mahu UMNO dipersalahkan sebagai punca berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika pandemik Covid-19 masih menular.

Sulaiman yang dijatuhkan kumpulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diketuai Datuk Seri Idris Haron berkata UMNO adalah parti suci yang bersih dan berjuang demi rakyat Melaka, jadi tidak wajar punca PRN diadakan ditunding jari kepada parti itu semata-mata.

“Ketika baru sahaja nak mulakan kembali sektor ekonomi, kita baru nak bangkit dan rakyat baru nak dapat cari makan, kita baru nak masuk Pelan Pemulihan Negara Keempat, ‘u think that i nak bubarkan (DUN)?

“Saya tahu mungkin rakyat akan marah nanti. Saya kata, akibat sesetengah ahli politik ini, dialah sebenarnya yang tidak memikirkan rakyat dan mereka tidak menghormati CSA yang telah ditandatangani

“Kalau setakat dua orang yang keluar, kita masih mampu kekalkan kerajaan negeri. Tidak akan ada berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN). Jadi jangan ‘pin point’ kepada UMNO sahaja, yang Bersatu pun ada juga dalam tu, yang bebas pun ada,” katanya lapor media.

Bagaimanapun, Sulaiman tidak menolak kemenangan besar akan menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada PRN kali ini.

“Mahu tak mahu, supaya untuk mendapatkan kembali kerajaan yang stabil, saya pulangkan kembali kuasa ini kepada rakyat. Rakyatlah yang berkuasa, pilihlah kerajaan yang betul-betul yang boleh mentadbir dan menguruskan Melaka.

“Jangan diulangi kesilapan-kesilapan yang sebelum ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Idris bersama tiga lagi bekas ADUN – Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu Teluk Mas), menarik sokongan terhadap Sulaiman dan kerajaan UMNO.

Susulan itu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam membubarkan DUN pada 4 Oktober lalu bagi membolehkan PRN diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November sebagai tarikh pengundian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-