Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Nov 15, 2021 3:59 PM
KES 1MDB NAJIB | Bekas perdana menteri Najib Razak tidak pernah cuba untuk memisahkan dirinya daripada Low Taek Jho, menurut bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman.
Dia berkata demikian dalam keterangannya ketika perbicaraan rasuah terhadap Najib berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Hazem yang merupakan saksi pendakwaan kesepuluh berkata, Najib dan Jho Low "sangat, sangat rapat" ketika berkomunikasi di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2013.
Menjawab soalan ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram, Hazem berkata "Jho Low adalah orang PM".
Ketika perbicaraan pada 20 September 2021, Hazem dalam keterangannya berkata dia melihat Jho Low ada dalam pertemuan ahli lembaga pengarah dan pegawai tertinggi 1MDB di rumah Najib bagi membincangkan perihal audit KPMG terhadap syarikat itu, pada 2013.
Mohd Hazem Abdul Rahman
Sri Ram: Ketika pertemuan di rumah PM, adakah tertuduh melakukan apa-apa untuk memisahkan dirinya dengan Jho Low?Hazem: Tidak.
Katanya lagi, Najib tidak pernah mengarahkannya untuk tidak mengikut sebarang arahan daripada Jho Low berkaitan soal pengurusan dan kewangan 1MDB.
Dia juga menafikan ada menerima wang berkaitan transaksi keluar daripada 1MDB.
Sri Ram: Adakah anda menerima manfaat kewangan daripada transaksi?
Hazem: Tidak.
Dalam perbicaraan sebelum ini, pasukan pembelaan berhujah yang Hazem berpakat dengan Low dan beberapa lagi pegawai 1MDB ketika itu dalam pemindahan wang keluar yang meragukan daripada syarikat itu.
Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.
[Baca berita asal]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.