malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Dec 9, 2021 3:58 PM
Badan kehakiman memainkan peranan penting dalam menahan "keruntuhan integriti yang menakutkan" beberapa pemimpin politik di Malaysia, kata Mahkamah Rayuan.
Dalam keputusannya untuk menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak bagi membatalkan sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRS), panel tiga hakim itu merujuk kepada sabitan Mahkamah Agung pada 1977 ke atas bekas menteri besar Selangor, Harun Idris.
Mahkamah Rayuan berkata hakim dalam perbicaraan kes tersebut, Raja Azlan Shah, telah mengulas mengenai "kemerosotan yang menakutkan dalam integriti beberapa pemimpin kita".
Mahkamah merujuk kepada sebahagian daripada keputusan Raja Azlan yang memetik kata-kata bestari: kuasa cenderung untuk merosakkan, dan kuasa mutlak mampu merosakkan secara mutlak, juga keperluan "beberapa batasan yang diakui ke atas pihak berkuasa politik", dan bahawa "undang-undang tidak mengenal orang (kesaksamaan di hadapan undang-undang)."
“Dan kira-kira 45 tahun kemudian kata-kata ini masih relevan dengan perayu (Najib), dan di mana kita sebagai sebuah negara berada sekarang.
“Kemerosotan yang menakutkan dalam integriti beberapa pemimpin kita yang diberi amaran oleh Raja Azlan Shah pada 45 tahun lalu masih menjadi momok yang melanda negara yang indah ini.
“Mahkamah dalam menegakkan kedaulatan undang-undang harus melakukan apa yang perlu untuk memastikan wabak zaman moden ini dihapuskan demi kebaikan negara.
“Undang-undang sememangnya 'tidak membezakan orang'. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang, dan mahkamah menggunakan undang-undang secara sama rata kepada semua.
“Dalam analisis akhir, kami menolak rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman atas semua pertuduhan dan mengesahkan perintah Mahkamah Tinggi (Kuala Lumpur),” kata hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Abdul Karim Abdul Jalil itu.
Dua lagi hakim yang mendengar permohonan Najib itu - dan sebulat suara membuat keputusan - ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.
Ia adalah sebahagian daripada alasan penghakiman penuh setebal 317 halaman untuk menolak rayuan bekas Najib semalam yang memohon untuk membatalkan sabitannya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan jenayah pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC.
SRC ketika itu merupakan anak syarikat 1MDB SRC sebelum kemudian menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Najib juga merupakan bekas menteri kewangan, penasihat emeritus SRC, dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas Najib sementara menunggu rayuannya dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
[Baca berita asal]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.