Thursday, December 9, 2021

Petisyen desak semua keistimewaan Najib ditarik balik

satuberita.my
By Auzaee Athallah
-December 9, 2021

Petisyen yang ditubuhkan bagi mendesak kesemua keistimewaan yang dinikmati Najib ditarik balik.

SATU petisyen bagi mendesak pihak berkuasa menarik balik semua keistimewaan yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak telah dimulakan semalam oleh sekumpulan rakyat prihatin.

Petisyen tersebut dimulakan susulan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu menolak rayuan Najib dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tahun lepas.

Sehingga kini petisyen berkenaan telah ditandatangani oleh 496 orang.

Pemula petisyen, Azhdeen Valheru dalam deskripsi kempen tersebut berkata, segala keistimewaan Najib perlu ditarik kerana apa yang dilakukan beliau itu memalukan negara seperti yang dikatakan oleh ketua panel hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Abdul Jalil ketika menyampaikan keputusan mahkamah.

“Segala pangkat serta pingat juga wajib ditarik balik kerana memalukan negara.

“Kami mohon kerajaan Malaysia serta pihak Istana seluruh negara bertindak tegas dalam perkara ini demi memartabatkan kembali rukun negara Malaysia,” katanya.

Pada Rabu, Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang mendapati bekas perdana menteri itu bersalah bagi tujuh pertuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Najib bakal berdepan dengan penjara selama 12 tahun bagi kesalahan-kesalahan berkenaan serta denda RM210 juta iaitu lima kali ganda jumlah wang terlibat sekiranya rayuannya di peringkat Mahkamah Persekutuan turut ditolak.

Antara keistimewaan yang dinikmati oleh Najib yang disebut di dalam petisyen tersebut adalah seperti gaji, elaun, elaun pencen, pengiring, pengawal peribadi, pembantu dan sebagainya yang dikatakan dibayar menggunakan duit rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-