malaysiakini.com
Lim Kit Siang
Diterbitkan: Dec 3, 2021 11:07 AM
KATA MP l Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Ahmad, telah memaklumkan kepada Parlimen yang Perdana Menteri Ismail Sabri mempunyai tiga orang penasihat khas yang menasihati beliau mengenai hal ehwal kesihatan, agama, dan juga undang-undang dan hak asasi manusia.
Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said adalah penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia, Pengerusi Umno Kedah, Jamil Khir Baharom pula adalah penasihat khas hal ehwal agama, mana ahli jawatankuasa Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mantan dekan Fakulti Kesihatan Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamarulzaman dijangka akan dilantik menjadi penasihat khas kesihatan Ismail Sabri.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga mempunyai seorang penasihat khas, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, bekas timbalan menteri kesihatan.
Adakah Malaysia sedang diserang penyakit melantik penasihat khas, yang bakal menyaksikan Perdana Menteri Ismail Sabri akhirnya mempunyai 31 orang atau lebih lagi penasihat khas, yang akan menasihati beliau untuk semua Menteri Kabinet beliau manakala setiap Menteri juga akan melantik penasihat khas masing-masing?
Apabila kita sampai ke tahap ini, tidak keperluan lagi untuk diadakan mesyuarat Kabinet mingguan, cukuplah digantikan dengan mesyuarat mingguan penasihat khas.
Apakah justifikasi pelantikan Penasihat Khas Perdana Menteri untuk portfolio yang sudah ada menterinya ini? Adakah perkara ini menunjukkan kekurangan kepercayaan Perdana Menteri sendiri dalam Menteri dan Kementerian beliau?
Kalau macam ini, lebih baik buang terus Menteri Kabinet dan gantikan sahaja dengan Penasihat Khas!
Bukan ini sahaja lantikan “gaji buta” di bawah Ismail Sabri -- kita bukan sahaja ada lantikan GLC yang “tidak berguna”, tetapi juga duta khas ke kawasan tertentu sedangkan kita sudah ada duta yang dilantik ke negara-negara ini, membawa kepada situasi di mana kita mempunyai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah yang tidak boleh melawat Arab Saudi!
LIM KIT SIANG ialah ahli parlimen DAP Iskandar Puteri.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 21, 2024 9:02 PM Pengerusi PN Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas dia enggan ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -19 Apr 2024, 12:14 PM Ismail Mohamed Said berkata beras, sardin dan tepung yang rosak itu dibeli untuk ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -23 Apr 2024, 04:04 PM Wee Ka Siong berkata ahli MCA terguris dengan penghinaan pemimpin DAP. Presiden W...
-
bharian.com.my Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub bhrencana@bh.com.my - April 21, 2024 @ 9:01am Foto hiasan. -Foto fail NSTP Politik Selangor ...
-
agendaily.com 22/04/24 Nga Kor Ming. UMNO digesa membantu calon yang akan diletak DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (D...
-
hmetro.com.my Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 23, 2024 10:32 AM Pemuda MCA menggesa supaya keputusan dan hak mereka untuk tidak berkempen kepada DAP di...
-
freemalaysiatoday.com Shahrul Shahabudin -21 Apr 2024, 04:51 PM Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa melaksanakan reform...
-
malaysiakini.com Shamz Johan, Isabelle Leong & Iqbal Harraz Diterbitkan: Apr 21, 2024 2:10 PM PKR sedang merangka langkah untuk menjadi ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 25, 2024 4:37 PM Pemuda Umno menggesa kerajaan mahupun pembangkang mengadakan usul ke Parlimen bagi mengg...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.