ismaewb.net
Pertembungan 3 penjuru pasti berulang lagi pada PRU15 nanti
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 1 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai karenah dan senario politik yang mengisi suasana negara sehingga menyaksikan tiga kali peralihan kerajaan bermula daripada Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN) dan kini pemerintahan campuran dinamakan sebagai ‘Keluarga Malaysia’.
Siri peralihan itu menyaksikan bahawa kemelut politik negara dalam kalangan parti sedia ada termasuk daripada kerajaan dan pembangkang menjadi semakin rumit, sehingga tidak dapat diramalkan apa yang mungkin berlaku jika PRU15 berlaku pada tahun ini.
Menurut penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, sukar buat masa ini untuk meramalkan parti mana yang mendominasi jika PRU15 berlaku, berikutan tiada mana-mana pihak mempunyai kekuatan tunggal termasuk Barisan Nasional (BN).
Malah, beliau tidak menolak kemungkinan pertembungan tiga penjuru seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berulang lagi pada PRU15 nanti.
“Ini kerana PAS masih setia di bawah PN dan Muafakat Nasional (MN). Meskipun ia realistik dari sisi perpaduan ummah, namun tidak bagi suasana politik sekarang.
“Akhirnya senario di Melaka berulang kembali dan PN bertanding menentang UMNO yang bergerak bersama BN. Pertandingan tiga penjuru dan undi Melayu berpecah dua atau tiga,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Beliau berkata, UMNO yakin akan menang di kawasan yang sudah dimenangi ketika PRU14, maka ia akan menyukarkan kompromi di bawah Muafakat Nasional (MN) yang akhirnya hanya dilihat menjadi teori dan bukan realiti.
“Cuma kalau MN diteruskan di Kelantan dan PAS-UMNO bersama-sama di sana, akan berlaku pembahagian kerusi antara PAS dan UMNO, tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana UMNO tidak mahu Bersatu.
“Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain? Nampaknya selagi Bersatu bersama PAS di negeri-negeri lain, maka UMNO akan menentang mereka di setiap kerusi. Agak pelik arrangement begini, namun ini adalah realiti PRU15,” katanya.
Isu MN-PN takkan selesai selagi UMNO ada dua kumpulan
Prof Nik Ahmad Kamal berkata, kemelut antara MN dan Perikatan Nasional tidak akan selesai selagi mana UMNO mempunyai dua atau lebih kumpulan.
Tegas beliau, UMNO kekal dengan pendirian untuk tidak bersama PAS selagi mana parti itu mahu bekerjasama dengan seteru mereka, Bersatu.
“Kecuali di Kelantan, namun di negeri-negeri lain nampak UMNO dan BN akan bersendirian dan pertandingan dengan PAS serta Bersatu tidak dapat dielakkan.
“Cuma, jika pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU15, dan kumpulan yang bersama Perdana Menteri sekarang menang, maka mungkin isu MN dan PN tidak lagi menjadi duri dalam daging.
“Persoalannya bila pemilihan UMNO dan adakah kumpulan Perdana Menteri boleh mengatasi kumpulan Presiden UMNO sekarang,” katanya.
Beliau berkata, hubungan Bersatu dengan UMNO memang sukar untuk damai melainkan kumpulan penyokong Perdana Menteri dapat menguasai parti Melayu itu.
Ini kerana katanya, kumpulan penyokong Perdana Menteri sekarang lebih mahu bersahabat dengan Bersatu berbanding kumpulan pro-Presiden UMNO.
“Bagaimanapun, apakah ini bermakna peluang lebih baik untuk PH dalam senario sekarang? Sukar diramal kerana di Sarawak PH kalah teruk kecuali beberapa ADUN DAP.
“Di Melaka juga mereka kalah. Selagi tiada kompromi dan komunikasi lebih baik dalam PH, sukar untuk mengulangi prestasi PRU14.
“Malah, isu kepimpinan PH juga perkara besar, sekarang ada yang bersuara supaya Anwar Ibrahim bersara. Jika tiada pemimpin berpengaruh seperti beliau menerajui PH, saya tidak lihat PH boleh menggugat pada PRU15 nanti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.