malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Jan 13, 2022 4:42 PM
Tiada pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 yang dijadualkan berlangsung 16 Mac nanti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Razlan Rafii.
Katanya, Mesyuarat MKT Umno yang berlangsung malam tadi membincangkan mengenai persiapan PAU serta menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menerajui negara.
"Tiada pemilihan, sebaliknya hanya perhimpunan agung biasa yang memberi fokus kepada persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
"Umno sebolehnya mahu seramai mungkin perwakilan hadir pada PAU kali ini, oleh itu kita sedang membincang prosedur dan prosedur operasi standard (SOP)," katanya kepada Malaysiakini.
Umno pada Jun tahun lalu melalui mesyuarat MKT telah membuat ketetapan untuk menagguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat secara majoriti melalui resolusi pekeliling dan dipersetujui oleh MKT Umno.
Malam tadi MKT Umno memutuskan bahawa PAU 2021 akan diadakan pada 16 hingga 19 Mac depan.
Sebelum ini, Umno menangguhkan PAU 2021 yang dijadualkan pada 13 hingga 15 Jan disebabkan bencana banjir yang melanda negara.
Dalam pada itu, Razlan berkata fokus utama Umno ketika ini adalah persiapan bagi menghadapi pilihan raya yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
by MT Webmaster (Bernama) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda ...
-
Ramai bloggers pro UMNO tulis posting yang bertajuk 'Jualan Harakah merosot', Wak tak fikir demikian, sebenarnya jualan Harakah sema...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
freemalaysiatoday.com Bernama -11 Sep 2024, 08:07 PM Polis dilaporkan menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok mengenai isu pensij...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.