Thursday, February 10, 2022

2 menteri Bersatu masuk Umno hanya perang psikologi PRN Johor, kata Hamzah

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
-February 10, 2022 2:06 PM
Hamzah Zainudin berkata perang psikologi orang politik adalah untuk kepentingan parti mereka.

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata spekulasi dua menteri daripada parti itu akan menyertai Umno adalah perang psikologi daripada pihak tertentu.

Beliau berkata, spekulasi itu juga digunakan hanya untuk menjatuhkan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Perang psikologi orang dalam politik ini adalah untuk kepentingan mereka berjuang untuk parti mereka.

“Jadi itu biasalah berlaku. Kenapa nak berlaku bila nak PRN Johor. Hanya untuk memaklumkan pada rakyat Johor kau jangan percaya Bersatu. Pemimpin dia pun nak balik Umno,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi dua menteri daripada Bersatu akan menyertai Umno.

Hamzah berkata, jika laporan itu hanya spekulasi, tidak perlu mempercayainya.

Katanya, jika pemimpin Bersatu sendiri mengumumkan keluar parti itu, laporan itu boleh dipercayai.

“Nama pun spekulasi. Senang jer kalau spekulasi tak usah percaya. Kalau surat layang lagi jangan percaya.

“Kalau diumum oleh orang betul-betul nak keluar percayalah. Orang cerita pasal spekulasi ini adalah perang psikologi.

“Itu cara nak psikologi orang. Sebab itu patut tanya apakah itu spekulasi atau perang psikologi. Jawapan saya oleh kerana spekulasi, tujuan mereka hanya sebagai psikologi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-