Tuesday, February 22, 2022

Berapa kali Zahid nak sumpah terserah, saya dah tunjuk saksi, kata Muhyiddin

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-February 22, 2022 1:21 PM

Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan bersumpah kerana tidak pernah berbohong dan apa yang beliau sebutkan itu satu yang hak.

PUTRAJAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan beliau tidak pernah meminta pertolongan berkaitan perbicaraan kesnya di mahkamah, kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pendedahan yang dibuatnya sebelum ini bahawa Zahid meminta pertolongannya untuk menyelesaikan kes mahkamah adalah benar dan beliau mempunyai saksi.

“Itu hak dia (Zahid) nak sumpah ke tak sumpah, bagi saya bercakap kepada rakyat ini bercakap yang benar nak bercakap kepada rakyat jangan bohong, dah ada bukti malam itu saya sudah tunjukkan saksinya, tapi kalau dia nak sumpah berapa kali sumpah, sumpahlah terserah pada dia.

“Saya tak akan bersumpah sebab saya tak pernah berbohong, apa yang saya sebut itu satu yang hak. Saya kata yang betul walaupun yang betul pahit untuk didengar, itu hak yang benar bukan yang direka, atau hanya sengaja main politik nak PRN Johor tidak sama sekali,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN).

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-