
Abdul Hadi Awang berharap kerjasama PAS dan Umno berpanjangan sehingga pilihan raya umum.
PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, partinya tidak pernah menutup ruang kerjasama dengan Umno walaupun terdapat perbezaan pandangan antara dua parti itu.

Abdul Hadi Awang.
“Tiada yang mustahil dalam politik, Bersatu asal daripada Umno (dan) dalam PAS pun ada orang asal Umno yang masuk PAS.“PAS juga bukan kali pertama (bekerjasama) dengan Umno, masa nak Merdeka kita pernah bekerjasama, kita terima konsep Islam agama negara dalam Perlembagaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS tidak bermusuh dengan mana-mana parti dan menyertai pilihan raya secara demokratik.
“Kita kerjasama dengan orang yang boleh kita kerjasama (iaitu) kerjasama yang adil, kerjasama yang baik dan tema kita ialah memilih wakil rakyat yang bersih daripada rasuah dan salah laku.
“Kita mengajak kepada perpaduan ummah dan berharap begitu (kerjasama PAS dan Umno) berlarutan sehingga PRU (pilihan raya umum).
“Kalau berlaku lain (sebaliknya), ada tindakan lain,” katanya.
FMT Reporters
-February 25, 2022 7:30 PM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.