Wednesday, April 20, 2022

Dokumen 'PASleak': Pemimpin Umno tuntut penjelasan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Apr 20, 2022 12:19 PM
Pemimpin dan veteran Umno menuntut penjelasan daripada Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaan dalam dokumen 'bocor' yang mendakwa terdapat gerak kerja pemimpin PAS untuk percaturan politik, yang antaranya menyentuh idea campur tangan dalam bidang kehakiman.

Desakan itu dibuat setelah muncul dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat yang merekodkan perbincangan mereka dengan pemimpin-pemimpin kanan Bersatu, serta bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin Umno Hishammuddin Hussein.

Di pihak Bersatu, pertemuan didakwa dibuat dengan Menteri Kanan Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Dokumen yang disebut sebagai “PASleak” itu antaranya menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Presiden Umno Zahid Hamidi dan dan bekas perdana menteri Najib Razak.

“Oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar,” kata anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu, veteran Umno Shahrir Samad pula menimbulkan kebimbangan tergadap dakwaan komplot dalam kes mahkamah.

“Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem judiciary dan kehakiman negara,” kata orang lama Umno Johor itu.
Walaupun yakin pihak yang dinamakan itu akan berdiam diri, Shahrir berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sekurang-kurangnya boleh bertanya langsung kepada pihak terlibat.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas pihak-pihak yang disebut dalam dokumen itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-