Wednesday, April 13, 2022

Tak pernah arah sesiapa guna dana Yayasan Akalbudi untuk tujuan peribadi, Zahid beritahu mahkamah

freemalaysiatoday.com
Bernama
-April 13, 2022 2:15 PM
Ahmad Zahid Hamidi hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi hari pertama prosiding membela diri untuk 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk menggunakan dana Yayasan Akalbudi bagi tujuan peribadinya.

Menurut Zahid, 69, segala perbelanjaan yayasan yang ditubuhkan pada 1997 itu ditanggung olehnya secara peribadi.

“Pada peringkat awal penubuhan (yayasan), sebahagian besar daripada dana Yayasan Akalbudi adalah daripada sumbangan saya sendiri, hasil dari gaji dan simpanan saya antaranya keuntungan pembelian dan penjualan saham sejak bergiat aktif di dalam dunia korporat.

“Hal ini adalah untuk memastikan bahawa Yayasan Akalbudi boleh melaksanakan program amal jariah saya dan boleh menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada individu atau pihak yang memerlukan dan juga dalam pembinaan-pembinaan masjid, maahad dan sebagainya,” katanya yang merupakan seorang daripada pemegang amanah Yayasan Akalbudi sejak 1997 sehingga kini.

Zahid berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari pertama prosiding membela diri bagi 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-