Tuesday, May 31, 2022

Anak pokok ketum laris, harga naik lebih sekali ganda, kata pembekal

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-May 31, 2022 10:30 AM
Baru-baru ini kerajaan Kedah mengemukakan cadangan kepada Putrajaya untuk membenarkan penanaman ketum bagi tujuan perubatan dan dieksport ke luar negara.
(Gambar AFP)

PETALING JAYA: Walaupun harga meningkat lebih sekali ganda, pembekal anak pokok ketum di Padang Terap, Kedah tidak menang tangan dengan permintaan tinggi daripada pengusaha kebun susulan cadangan untuk membenarkan tanaman itu bagi tujuan perubatan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, ramai penanam getah dan pisang mula menukar tanaman mereka kepada ketum dan penduduk khasnya di kawasan luar bandar Padang Terap, Pendang dan Kubang Pasu juga semakin berminat dengan tanaman itu disebabkan daunnya laris di pasaran.

Seorang pembekal yang hanya mahu dikenali sebagai Somchit, 54, dari Naka berkata, permintaan pokok ketum melonjak selepas kerajaan Thailand membenarkan penggunaan daun itu sejak tahun lalu dan cadangan kerajaan Kedah kepada Putrajaya untuk membenarkan tanaman itu bagi tujuan perubatan.

“Sebelum ini, anak pokok ketum dijual pada harga RM2 hingga RM3 sepokok, tetapi sekarang melonjak kepada RM5 hingga RM8 sepokok.

“Walaupun semakin mahal, tetapi permintaan sangat menggalakkan,” katanya dipetik akhbar itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-