malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jul 2, 2022 12:34 PM
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem dalam Umno.
Dia yang juga naib presiden Umno menegaskan hanya ada satu kumpulan yang mengetuai pucuk pimpinan parti itu.
“Tiada kem dalam Umno...hanya ada satu kem dalam Umno,” katanya kepada pemberita ketika ditanya dakwaan bahawa Umno kini mempunyai dua kem susulan pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengenai isu dalaman parti itu sebelum ini.
Mengenai desakan beberapa pihak untuk kerajaan menarik semula lantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, perdana menteri meminta agar keputusan pelantikan itu tidak dipersoalkan.
Tegasnya, pelantikan Tajuddin bagi jawatan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Itu (lantikan Tajuddin) sudah diluluskan Kabinet dan diserah pada Agong... dah dapat perkenan (Agong). Sepatutnya dah serah watikah...tapi Agong gering waktu nak serah (watikah)..tapi lepas ini akan diserahkan.
"Jangan kita persoalkan kuasa Agong pula. Agong dah perkenan, (takkan) kita (kerajaan) pula nak tarik balik," katanya.
Baru-baru ini Umno menjadi perhatian umum selepas Tajuddin membuat pendedahan mengenai isu dalam parti termasuk soal menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Umno masih menunggu keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk meluluskan pindaan perlembagaan parti itu sehingga 16 Julai ini.
Pada Mei lepas, Umno sebulat suara meluluskan Pindaan Perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum memberi ruang kepada ahli untuk memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.
-Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.