Monday, August 8, 2022

Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS

agendaily.com
08/08/2022
Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari.

Selepas pendedahan skandal enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang gagal disiapkan sehingga sekarang, bakal terdapat satu lagi pendedahan yang akan mengejutkan lagi selepas ini, kata Pemuda PAS.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan satu persatu pendedahan bakal dibongkarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kepada umum, ia selepas beberapa nama pemimpin UMNO terpalit dengan skandal kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu baru-baru ini.

“Ada lagi pendedahan-pendedahan mengejutkan selepas isu LCS, jangan bimbang, satu persatu akan menyusul,” katanya dalam satu kenyataan pendek di Facebook.

Ahmad Fadhli yang juga salah seorang ahli jawatankuasa dalam PAC juga menyindir kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu program partinya di Selangor baru-baru ini dengan berkata “ambil mana-mana sempat”.

“Fasten your seatbelt (pasang tali pinggang anda)… Seperti kata pepatah, ambil mana-mana yang sempat,” katanya lagi.

Zahid sebelum ini dalam Program Barisan Nasional (BN) Selangor dalam ucapannya memberitahu secara berseloroh kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk “mengambil mana-mana yang sempat”.

Kenyataan itu menimbulkan kritikan banyak pihak kerana menunjukkan seolah-olah Zahid yang sudah terpalit dengan puluhan kes rasuah di mahkamah tidak insaf dengan tindakannya.

Terdahulu, skandal LCS bernilai RM9.1 bilion mendapat perhatian orang ramai susulan pendedahan laporan PAC pada minggu lepas.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menamakan tiga individu dalam UMNO yang dikaitkan dengan projek tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-