Tuesday, August 30, 2022

Mat Hasan: PM dah kata, jelas PRU tahun ini

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 30, 2022 10:51 AM
Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan komitmen bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada tahun ini dan tidak lama lagi.

…tapi beliau tidak bagi tarikh, sehingga beliau terpaksa kata takkan nak bawa sampai tahun depan, jadi jelas PRU tahun ini, kalau tahun ini takkan nak buat bulan 12 (Disember) nanti orang berenang pula nak pergi mengundi… itu jangka masa yang perlu kita perhati betul-betul dan lakukan gerak kerja," katanya.

Mohamad berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama kepimpinan BN Pahang semalam.

Penggal Dewan Rakyat akan berkahir pada 16 Julai tahun depan.

Ismail Sabri kini menerima tekanan hebat daripada dalam Umno untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum, yang berpotensi menjadikannya perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia.

‘Kenal pasti musuh sebenar’

Sementara itu, Mohamad yang juga timbalan presiden Umno menggesa parti komponen BN menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum dahulu sebelum memikirkan soal pemilihan parti.

“Lupakanlah dulu nak bertanding dalam parti. Pemilihan parti Umno enam bulan selepas PRU, kita dah buat ketetapan maka kiralah nak PRU dulu.

“Dah menang esok dalam PRU maka marilah kita berlawan (pemilihan parti). Itu sesama kita sahaja," katanya.

Umno dan MCA sebelum ini meminda perlembagaan masing-masing untuk membolehkan pemilihan parti ditangguhkan selepas pilihan raya umum.

Mohamad turut mengingatkan BN supaya mengenal pasti musuh yang sebenar dan mengenepikan percanggahan pendapat dalam parti.

“Pilihan raya tak lama lagi. Kita berhadapan dengan musuh yang nak memusnahkan kita. Kita perang betul-betul, dan kenal siapa musuh kita yang sebenar.

“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor parti yang kedua dapat banyak undi ialah Perikatan Nasional (PN) maka tengok kawasan kita kerana kita tak tahu musuh kita.

“Parti yang belum kita lihat sebagai ancaman kita untuk PRU ialah PN maka jangan sampai mereka baca langkah kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-