malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Aug 27, 2022
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak hadir ke taklimat khas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Difahamkan, Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno tidak hadir ke taklimat hari ini kerana menghadiri program di Pahang.
Selain Ismail Sabri, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa turut tidak kelihatan dalam taklimat hari ini.
Terdahulu, ribuan ahli Umno membanjiri taklimat hari ini yang dilihat sebagai majlis solidariti kepada bekas perdana menteri Najib Razak.
Turut hadir isteri Najib, Rosmah Mansor dan peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafie Abdullah dan Zaid Ibrahim.
Sementara, seorang pegawai perdana menteri memaklumkan Ismail Sabri tidak hadir kerana urusan rasmi.
Memetik laporan FMT, dia berkata Ismail Sabri berada di kawasan parlimennya, Bera bagi majlis pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan peringkat kebangsaan pada pagi tadi.
"Perdana menteri tidak mempunyai masa untuk menghadiri ke WTCKL kerana ada program rasmi di Dataran Kerayong Bera, Pahang.
"Tapi, dia akan hadir mesyuarat majlis tertinggi Umno malam ini," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Oleh ARIF ATAN August 11, 2020 10:57 am Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat kenyataan Menteri di Jabata...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Wak tak heran kalu penyokong dan pencacai2 UMNO ni sangat taksub terhadap pemimpin2 nye. Penyokong dan pencacai2 UMNO ni boleh di katekan ...
-
tiba2 dah jadi pekak Wak hairan dengan kelakuan pemimpin2 top parti PAS. Dulu Karpal Singh kata,"Over my dead body" kalau sesiapa ...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Perwakilan Umno Cadang Penyokong Pembangkang Tidak Di Berikan BR1M Posted by Addin Deen at 12/06/2013 Perwakilan Umno...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.