hmetro.com.my
Mohd Nasaruddin Parzi
am@hmetro.com.my
Shah Alam: Kerajaan pusat sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor, di bawah Rolling Plan Kedua 2022, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara projek penting yang akan dilaksanakan adalah lima projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan sebanyak RM4.7 bilion.
"Usaha ini akan disegerakan bagi mengelak kejadian banjir teruk yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, ekonomi negeri dan negara berulang lagi.
"Kerajaan turut mengambil langkah proaktif merencana pendekatan baharu termasuk pembinaan infrastruktur yang bersesuaian dan lebih lestari serta menyeluruh di Selangor," katanya ketika melancarkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Selangor di sini, tadi.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) adalah kementerian peneraju bagi penganjuran JAKM Selangor.
Beliau berkata, selaras dengan aspirasi Satu Keluarga Satu Rumah, sebanyak 14,329 buah rumah di Selangor siap dibina sehingga Jun lalu di bawah pelbagai program perumahan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).
"Usaha menyediakan perumahan kepada Keluarga Malaysia, terutama kumpulan B40 dan M40, terus menjadi agenda penting kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 400,000 kerjaya sudah diisi di seluruh negara sejak Inisiatif Jamin Kerja bernilai RM4.8 bilion dilancarkan sebelum ini.
"Alhamdulillah, sejak setahun lalu, kadar pengangguran juga menurun sehingga 3.8 peratus pada bulan Jun 2022, paras terendah sejak pandemik Covid-19 daripada 4.6 peratus pada Ogos 2021.
"Bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat juga, kerajaan sudah menetapkan paras gaji minimum baharu kepada RM1,500 mulai 1 Mei lalu. Inisiatif ini antara langkah bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup Keluarga Malaysia," katanya.
Katanya, bagi mengurangkan tekanan inflasi terhadap rakyat, kerajaan sudah membelanjakan peruntukan subsidi sebanyak RM77.3 bilion, jumlah subsidi terbesar dalam sejarah negara, meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan elektrik.
Menyentuh prestasi ekonomi, Ismail Sabri berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan perdagangan borong dan runcit yang kukuh, tahun ke tahun sebanyak 44 peratus kepada RM132.8 bilion pada Jun lalu.
"Ini paras tertinggi sejak tahun 2013, dengan lonjakan besar dalam jualan kenderaan bermotor. Selain itu, pada 2021, jumlah dagangan Malaysia buat pertama kalinya sudah melepasi paras RM2 trilion, meningkat 24.9 peratus dari tahun sebelumnya berikutan prestasi memberangsangkan bagi kedua-dua eksport domestik dan eksport semula.
"Saya juga yakin pelabur asing terus berminat untuk menanam modal di negara ini hasil polisi dan dasar yang dilaksanakan kerajaan. Bagi tempoh sembilan bulan yang lalu sehingga Jun lalu, negara kita merekodkan nilai pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM74.1 bilion sekali gus mengatasi jumlah FDI tahunan pada 2021, 2020, 2019 dan 2018," katanya.
Terdahulu memulakan ucapan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada atlit dari Selangor, M Thinaah yang berjaya merangkul dua pingat emas menerusi acara badminton berpasukan dan beregu campuran serta Javen Choong yang meraih perak dalam acara beregu campuran menerusi acara pingpong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.