Wednesday, September 21, 2022

Asyraf Wajdi koyak sudah tak tahu cara nak desak PM buat PRU-15 awal

agendaily.com
21/09/2022
Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki suruh orang lain tekan butang terhadap kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki secara tidak langsung menunjukkan sudah ketandusan idea tidak tahu cara lain lagi untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlmen.

Asyraf juga menunjukkan kecetekan pemikiran dan kurang cerdik apabila menyuruh parti lain menekan butang, walhal sepatutnya dia boleh menyuruh Presidennya sendiri untuk menekan butang bagi menjatuhkan kerajaan, bukankah sebelum ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan gerombolan pernah mengambil langkah sama.

Sejak minggu lalu Asyraf mengetuai himpunan raksasa dengan matlamat untuk memujuk Ismail Sabri membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 tetapi akhirnya perlu menunggu sehingga 30 September untuk membincangkan tarikh bagi menetapkan bila pilihan raya diadakan.

Asyraf ingat semua orang perangai sama macam Presidennya yang bersekongkol dengan cikgu untuk menjatuhkan kerajaan dengan sesuka hati, jika tidak cerdik jangan lah menunjukkan sangat kebodohannya.

Buat apa menyuruh orang lain untuk menekan butang kerana bukankah setiap hari yang berzikir supaya PRU-15 disegerakan adalah Presiden UMNO sendiri, jadi adalah lebih baik Asyraf suruh menyuruh bosnya menekan butang.

Jadi tidak perlu terlalu koyak mental sehingga mengeluarkan kenyataan bodoh dan kurang bijak, tidak hairanlah semasa PRU-14 lalu pun kalah kerana kecetekan pemikiran yang gagal berfikir secara logik dan waras.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur kerajaan kerana isu melibatkan kepentingan rakyat, nilai ringgit jatuh dan rakyat semakin susah kehidupan akibat kenaikan harga barang.

Takkan nak mengharapkan Asyraf daripada bercakap dan berjuang untuk isu rakyat yang sejak kebelakangan ini hilang taringnya sejak UMNO menerajui kerajaan pusat.

Asyraf sepatutnya mengakui hakikat kerajaan sekarang adalah gagal, malah peratusan rakyat yang berpuas hati dengan Ismail Sabri juga sangat rendah. Fakta dan maklumat kajian sudah dibentangkan, jadi jawablah dengan fakta bukan dengan auta mengikut cakap bos sendiri.

Atau adakah Asyraf sendiri tidak sedar nilai ringgit sedang jatuh teruk sekarang setiap hari? Jika semasa era Perikatan Nasional (PN) memerintah, bukan main lantang Asyraf berceramah dan menghentam sana sini, tapi kenapa sekarang diam seribu bahasa? Adakah sebab Perdana Menteri sekarang daripada UMNO?

Tidak dapat bayangkan jika kerajaan PN masih memerintah, bagaimana pula Asyraf menggerakkan macai-macainya berdemonstrasi selepas hukuman penjara dijatuhkan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Tapi mujurlah hukuman penjara dijatuhkan semasa UMNO yang memerintah negara, jadi tidak lah Asyraf berhimpun di depan mahkamah seperti pernah dilakukannya sebelum ini.

Oh terlupa, batang hidung Asyraf sekarang pun sudah tidak nampak dalam mempertahankan Najib. Mungkin sudah ada bos baharu, jadi kenalah ikut rentak dan mempertahankan bos baharunya pula.

Ketika rakyat sedang berdepan kesempitan dan kesusahan ketika ini, masih tidak juga kedengaran idea bernas atau cadangan-cadangan daripada Asyraf ini, mungkin masih sibuk melakukan kajian untuk memperbetulkan kesilapan pengurusan kerajaan sekarang ini.

Jika Asyraf nak sangat PRU-15 awal, lekas-lekaslah berbisik kepada Zahid. Bukannya tidak pernah buat sebelum ini menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, jadi buatlah lagi.

Tidak perlu untuk menyuruh orang lain menekan butang jika butang sudah ada didepan mata. Jadilah seorang yang cerdik dan tidak menunjukkan sangat kebodohan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-