Showing posts with label Asyraf Wajdi Dusuki. Show all posts
Showing posts with label Asyraf Wajdi Dusuki. Show all posts

Thursday, February 13, 2025

DAP cuma ada 40 kerusi, boleh berkhayal saja mahu pinda Perlembagaan kedudukan Islam – Asyraf Wajdi

suaratv.com
ByJanatul Firdaus Yaacob
13/02/2025

KUALA LUMPUR – DAP diingatkan cuma memiliki 40 kerusi di Parlimen justeru adalah tidak wajar untuk menuntut pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam.

Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan Perkara 3 berhubung kedudukan Islam dan Raja-Raja Melayu.

Asyraf berkata demikian mengulas cadangan supaya kerajaan melantik seorang menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam di peringkat Persekutuan, beliau menegaskan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Hormati Perlembagaan Perkara 3 Kedudukan Islam dan Raja- raja Melayu pemelihara Islam. Tiada keperluan Menteri Hal Ehwal Agama lain.

“Menteri Perpaduan yang patut jalankan kerja!

“DAP hanya ada 40 kerusi. Jadi boleh sekadar berkhayal sahaja jika mahu pinda Perlembagaan berhubung kedudukan Islam,” bidas Asyraf dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Tegas Pengerusi MARA itu lagi, penegasan ini merupakan pendirian Presiden dan pimpinan Umno.

“Bahkan bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sama ada DAP, PKR, UPKO, parti-parti dalam gabungan Sabah GRS, parti-parti dalam gabungan Sarawak GPS, sudah menanda-tangan perjanjian untuk tidak sesekali melanggar Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam, keistimewaan Melayu-Bumiputera, kedaulatan Raja- raja Melayu dan Bahasa Melayu.

“Ahli-Ahli Parlimen BN-Umno juga telah diarahkan untuk menyatakan pendirian Umno dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu ni dan minggu hadapan.

“Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, Islam adalah agama Persekutuan (Perkara 3), tetapi ia juga menjamin kebebasan beragama untuk semua (Perkara 11), namun tiada peruntukan yang menyediakan tatacara khusus pengurusan agama selain Islam,” katanya.

Menurut Asyraf lagi, pandangan dan cadangan boleh dibuat namun akhirnya Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara adalah pemutus segalanya.

“Mungkin ada pula yang persoal bahawa perlembagaan boleh dipinda.

“Ya! Namun dalam hal melibatkan kedudukan Islam dan Melayu, syarat untuk meminda bukan sahaja Ahli Parlimen mesti cukup minima 148 orang ( dua pertiga 3 majoriti) menyokong pindaan tetapi yang paling penting mesti mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu,” tegas beliau lagi.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, mencadangkan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Yu Hui (PH-Raub) ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

Sunday, March 17, 2024

Ramasamy: Umno tak layak cakap isu pengkhianatan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 17, 2024 
Bekas ahli parlimen DAP, P Ramasamy, hari ini tampil mempertahankan parti Bersatu selepas didakwa pengkhianat oleh Umno.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu bahkan mengingatkan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa PKR juga "lahir dari DNA sama".

"Umno bukanlah parti yang mulia untuk bercakap tentang pengkhianatan," kata Ramasamy dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata, jika Asyraf Wajdi percaya bahawa Bersatu layak untuk dikhianati oleh wakil rakyat mereka, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada Umno sendiri.

"Jika Bersatu lahir dan dibesarkan dengan pengkhianatan serta pembelotan, bagaimana dengan PKR?

"Bukankah PKR juga merupakan klon kepada Umno?

"Adakah pembentukan PKR merupakan pengkhianatan terhadap Umno? Adakah Presiden PKR ketika ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dituduh meninggalkan Umno?" katanya.

Menurut Ramasamy walaupun situasi politik yang membawa kepada pembentukan PKR mungkin berbeza berbanding Bersatu, tetapi 'DNA' untuk kedua-dua parti adalah sama.

"Yang meninggalkan parti untuk menyertai PKR itu juga adalah ahli-ahli Umno.

"Mengapa Asyraf Wajdi menahan diri daripada menuduh PKR juga melakukan pengkhianatan?" kata Ramasamy yang meninggalkan DAP pada Nov lalu untuk membentuk parti politiknya sendiri.
Asyraf Wajdi Dusuki
Parti Keadilan Nasional - yang merupakan nama asal kepada PKR - ditubuhkan pada 1998 sebagai platform bagi gerakan Reformasi yang dicetus ekoran pemecatan Anwar dari Umno.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, Asyraf Wajdi berkata walaupun Umno tidak mempunyai masalah dengan sokongan wakil rakyat Bersatu kepada kerajaan pimpinan Anwar namun dia mendakwa "pengkhianat tetap pengkhianat".

Jelasnya, Bersatu merupakan parti yang diasaskan berdasarkan 'pengkhianatan' ahli-ahlinya kepada Umno selepas PRU ke-14 pada 2018.

Kini kata pengerusi Mara itu, Bersatu terpaksa membayar 'harga kecurangan' yang dilakukan mereka sebelum ini.

Ramasamy juga menganggap kerjasama Umno dengan DAP - yang bermusuh ketat selama beberapa dekad - juga merupakan tindakan pengkhianatan parti terbabit.

"Asyraf Wajdi yang datang dari sebuah parti politik tercemar seharusnya lebih berhati-hati menggunakan perkataan 'pengkhianatan'.

"Mampukah Asyraf Wajdi membela kerjasama politik di antara PKR dan DAP dalam PH?

"Bukankah parti-parti politik ini dahulunya musuh kepada Umno? Dalam hal ini, bagaimana Bersatu berbeza daripada PKR dan DAP?" tambahnya.

Setakat hari ini enam MP Bersatu dan seorang Adun sudah membuat keputusan sepihak dengan mengetepikan parti sendiri dengan mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan perpaduan.

Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan), selain Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

Beberapa bekas pemimpin lain Bersatu juga menyertai PKR seperti Muhammad Faiz Na’aman serta bekas Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah.

Tuesday, September 26, 2023

'Bercakap dengan firaun pun Allah suruh guna perkataan baik'

malaysiakinicom
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Sep 26, 2023
PRK PELANGAI l Bercakap dengan firaun yang jelas sesat pun Allah SWT menyuruh menggunakan perkataan yang baik, kata Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf menggunakan perumpamaan itu bagi membidas kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mencarut dan mengeluarkan perkataan lucah ketika berkempen di Pelangai.

Asyraf seterusnya mengambil teladan kisah Nabi Musa dan Nabi Harun yang mana Allah SWT mengarahkan baginda bertemu firaun bagi menjelaskan maksudnya.

"Allah bagi arahan kepada Nabi Allah Harun dan Nabi Allah Musa, kata Allah...kamu pergilah bertemu Firaun, mengadap firaun, sesungguhnya dia adalah orang yang sesat.

"Tetapi bila kamu bertemu firaun ini, bercakaplah kamu, berkata-katalah kamu dengannya dengan menggunakan perkataan yang lembut, yang baik. Allah tak kata guna caci maki, Allah tak kata guna 'kepala bapak hang'.

"Allah tak kata guna perkataan yang macam dia (Sanusi) sebut semalam tu, start (mula) daripada (huruf) 'k'... nak sebut pun malu. Ini semua bukan akhlak Islam," katanya ketika program Sembang Santai PRK Pelangai di Kampung Chemomoi, dekat Bentong, malam tadi.

Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PN dalam satu ceramah pada malam penamaan calon menggesa pengundi di Pelangai untuk menolak BN dan PH, bagi menyuarakan penentangan terhadap apa yang didakwanya sebagai liberalisme oleh kerajaan persekutuan.

Bercakap di Felda Kemasul, Sanusi membangkitkan langkah Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee yang memetik terjemahan sepotong ayat al-Quran baru-baru ini.

Dia berkata perkara itu hanya boleh berlaku kerana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

"Yang liberal ni dia kata sekurang-kuranya dia (Howard) mengaji..kepala bapak hang...hang bodoh.

"Quran ni Tuhan turunkan penuh kesucian, kemuliaan dia ada disiplin untuk menghurai, untuk menterjemah.

"Ni hangpa alif ba ta pun tak tahu...kote (anu) pun tak kerat," katanya ketika ceramah.

Mengulas lanjut Asyraf mengkritik PAS yang menyerang pemimpin DAP mentafsirkan ayat al-Quran, sedangkan suatu masa dulu PAS menganggap satu kelebihan apabila DAP memahami Islam.

Malah, ketika menjalinkan kerjasama dengan DAP, ada pemimpin PAS mengangkat bekas ketua menteri Pulau Pinang umpama Khalifah Umar Abdul Aziz.

Tambah Asyraf kerjasama PAS dengan DAP pada masa itu bukan arahan raja-raja mahupun untuk menyelamatkan Melayu, tetapi hanya satu matlamat untuk menumbangkan Umno-BN.

"Dan waktu itu kena bila dia (PAS) bersama DAP, orang DAP baca al-Quran buatlah makhraj tak betul, biarlah tajwid ke laut, biarlah dia baca ayat al-Quran tuju untuk jatuhkan Umno, waktu itu apa kata dia...oh nasib baik orang DAP dah boleh baca Quran, hadis.

"Macam orang Umno dari lahir tak pernah baca Quran dan hadis. DAP lepas berkawan dengan PAS boleh baca al-Quran dan hadis dia kata.

"Tiba-tiba Lim Guan Eng angkat sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.

Tak kan kita lupa," kata Asyraf lagi

Wednesday, September 21, 2022

Asyraf Wajdi koyak sudah tak tahu cara nak desak PM buat PRU-15 awal

agendaily.com
21/09/2022
Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki suruh orang lain tekan butang terhadap kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki secara tidak langsung menunjukkan sudah ketandusan idea tidak tahu cara lain lagi untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlmen.

Asyraf juga menunjukkan kecetekan pemikiran dan kurang cerdik apabila menyuruh parti lain menekan butang, walhal sepatutnya dia boleh menyuruh Presidennya sendiri untuk menekan butang bagi menjatuhkan kerajaan, bukankah sebelum ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan gerombolan pernah mengambil langkah sama.

Sejak minggu lalu Asyraf mengetuai himpunan raksasa dengan matlamat untuk memujuk Ismail Sabri membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 tetapi akhirnya perlu menunggu sehingga 30 September untuk membincangkan tarikh bagi menetapkan bila pilihan raya diadakan.

Asyraf ingat semua orang perangai sama macam Presidennya yang bersekongkol dengan cikgu untuk menjatuhkan kerajaan dengan sesuka hati, jika tidak cerdik jangan lah menunjukkan sangat kebodohannya.

Buat apa menyuruh orang lain untuk menekan butang kerana bukankah setiap hari yang berzikir supaya PRU-15 disegerakan adalah Presiden UMNO sendiri, jadi adalah lebih baik Asyraf suruh menyuruh bosnya menekan butang.

Jadi tidak perlu terlalu koyak mental sehingga mengeluarkan kenyataan bodoh dan kurang bijak, tidak hairanlah semasa PRU-14 lalu pun kalah kerana kecetekan pemikiran yang gagal berfikir secara logik dan waras.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur kerajaan kerana isu melibatkan kepentingan rakyat, nilai ringgit jatuh dan rakyat semakin susah kehidupan akibat kenaikan harga barang.

Takkan nak mengharapkan Asyraf daripada bercakap dan berjuang untuk isu rakyat yang sejak kebelakangan ini hilang taringnya sejak UMNO menerajui kerajaan pusat.

Asyraf sepatutnya mengakui hakikat kerajaan sekarang adalah gagal, malah peratusan rakyat yang berpuas hati dengan Ismail Sabri juga sangat rendah. Fakta dan maklumat kajian sudah dibentangkan, jadi jawablah dengan fakta bukan dengan auta mengikut cakap bos sendiri.

Atau adakah Asyraf sendiri tidak sedar nilai ringgit sedang jatuh teruk sekarang setiap hari? Jika semasa era Perikatan Nasional (PN) memerintah, bukan main lantang Asyraf berceramah dan menghentam sana sini, tapi kenapa sekarang diam seribu bahasa? Adakah sebab Perdana Menteri sekarang daripada UMNO?

Tidak dapat bayangkan jika kerajaan PN masih memerintah, bagaimana pula Asyraf menggerakkan macai-macainya berdemonstrasi selepas hukuman penjara dijatuhkan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Tapi mujurlah hukuman penjara dijatuhkan semasa UMNO yang memerintah negara, jadi tidak lah Asyraf berhimpun di depan mahkamah seperti pernah dilakukannya sebelum ini.

Oh terlupa, batang hidung Asyraf sekarang pun sudah tidak nampak dalam mempertahankan Najib. Mungkin sudah ada bos baharu, jadi kenalah ikut rentak dan mempertahankan bos baharunya pula.

Ketika rakyat sedang berdepan kesempitan dan kesusahan ketika ini, masih tidak juga kedengaran idea bernas atau cadangan-cadangan daripada Asyraf ini, mungkin masih sibuk melakukan kajian untuk memperbetulkan kesilapan pengurusan kerajaan sekarang ini.

Jika Asyraf nak sangat PRU-15 awal, lekas-lekaslah berbisik kepada Zahid. Bukannya tidak pernah buat sebelum ini menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, jadi buatlah lagi.

Tidak perlu untuk menyuruh orang lain menekan butang jika butang sudah ada didepan mata. Jadilah seorang yang cerdik dan tidak menunjukkan sangat kebodohan itu.

Monday, April 29, 2019

Hina Raja-Raja: Apakah AG akan dakwa diri sendiri, soal Umno

News | Diterbitkan Hari ini 7:01 malam 


Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mengalu-alukan kesedian pihak polis untuk menyiasat sebuah forum membibcangkan Statut Rom di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini yang didakwa bukan sahaja menghasut tetapi menghina institusi Raja-Raja.

Walau bagaimanapun, Asyraf Wajdi memmbangkitkan persoalan siapakah yang akan membuat pendakwaan terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas selepas polis selesai menjalankan siasatannya.

"Persoalannya apa akan berlaku selepas kertas siasatan di peringkat PDRM selesai dan diangkat ke Pejabat Peguam Negara?

“Apakah Peguam Negara akan mendakwa dirinya sendiri? soal Ayraf dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya adalah lebih beretika jika Tommy meletakkan jawatan selaku peguam negara sebelum dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Bagi Pemuda Umno, Tommy Thomas sudah tidak layak memegang jawatan peguam negara kerana beliau boleh dianggap bersubahat bahkan langsung tidak mempertahankan Raja-raja Melayu tatkala panelis forum menyalah gunakan kebebasan bersuara yang mereka miliki untuk menukar forum awam ini menjadi satu medan terbuka bagi membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-raja Melayu di hadapan peguam negara tersebut,” katanya.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya akan memanggil beberapa individu yang dikaitkan dengan forum itu termasuk penganjur untuk memberi keterangan.

Katanya siasatan setakat ini dilakukan di bawah Akta Hasutan dan pihaknya akan melihat sekiranya terdapat undang-undang berkaitan yang boleh digunakan bagi membantu siasatan.

Selain Tommy, antara yang hadir pada forum yang diadakan di Universiti Malaya itu adalah Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Syed Husin Ali, penyelaras koordinator G25 Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.
Mengulas lanjut, Asyraf juga menyenaraikan tiga kebencian dan penghinaan utama terhadap Raja-Raja yang dikatakan berlaku dalam forum itu.

Pertama, katanya, mendakwa Raja-Raja merasa terancam dan tidak memberi perkenan kepada ratifikasi Statut Rom kerana mahu melindungi diri mereka daripada jenayah kemanusiaan yang mereka lakukan.

Kedua, mendakwa Raja-Raja dari Johor ke Perlis bukan keturunan Raja sebenarnya tetapi adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja oleh British. Ketiga, mendakwa Raja-Raja menentang, menceroboh dan melanggar perlembagaan negara, termasuk dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-