Tuesday, September 27, 2022

PAS akan pilih PN atau BN

bharian.com.my
Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my
 - September 27, 2022
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Abdul Hadi dan pemimpin kanan UMNO dan PAS selepas menandatangani memorandum persefahaman Piagam Muafakat Nasional di Kuala Lumpur. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD

PUTRAJAYA:
PAS akan memuktamad hala tuju sama ada mengekalkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau masih ada persefahaman dengan UMNO, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayangan itu diberikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada pertemuan dengan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Saya diberikan bayangan mungkin dalam tempoh terdekat PAS akan buat satu keputusan muktamad mengenai hala tuju di masa hadapan dalam PN atau sama ada apa lagi usaha yang nak dibuat dengan UMNO.

"Dia akan buat keputusan muktamad mungkin tempoh masa yang mereka kata tidak ada kaitan dengan UMNO," katanya pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada PAS untuk membuat keputusan berikutan tidak mahu PN yang diasaskan bersama PAS dilihat sebagai tidak kukuh, dan perlu mempunyai pendirian yang senada.

"Kita mesti ambil satu pendirian yang sama dalam semua perkara supaya tidak ada pertembungan kepentingan," katanya.

Muhyiddin berkata, dalam soal kerjasama politik, UMNO sudah menyatakan pendirian enggan bekerjasama dengan BERSATU.

Beliau berkata, pihaknya akan menentang sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan PN dalam PRU-15.

Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan parti itu tidak menerima kenyataan Muhyiddin Barisan Nasional (BN) sebagai musuh PN, beliau berkata, pertemuan malam tadi menunjukkan hubungan di antara kedua-duanya kukuh.

"Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh sesiapa itu, terpulang kepada mereka.

"Kadang-kadang mungkin, dia rujuk atau tidak kepada sesiapa, saya tak tahu.

"Tapi pertemuan semalam menggambarkan bahawa yang lebih penting adalah pertemuan terkini yang menjelaskan bagaimana hubungan kita dan kenyataan yang saya buat, jangan disalah-tafsirkan," katanya.
Muhyiddin masih berusaha PAS bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU-15.
- Foto hiasan BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-