Thursday, October 13, 2022

Anwar syaratkan 'agenda reformasi' bagi kerjasama dengan Dr M, Muhyiddin

malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Oct 13, 2022 4:37 PM
Walaupun berbeza pendapat dengan Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini berkata ruang mereka bekerjasama sekali lagi masih terbuka.

Bagaimanapun, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan mereka hanya akan menerima dua bekas perdana menteri itu sekiranya mereka komited dengan prinsip PH.

"Kami (PH) komited dalam melaksanakan agenda reform (pembaharuan), melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan rasuah.

“Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang dan berbincang kami. Ruang adalah terbuka," kata Anwar kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Kenyataannya itu dibuat sebagai menjawab soalan khusus sama ada dia bersedia mempertimbangkan untuk menerima Mahathir dan Muhyiddin sebagai sekutu sekali lagi, selepas apa berlaku susulan sejarah hitam Langkah Sharaton pada 2020 yang menyaksikan kerajaan PH tumbang.

"Come together itu memang kenyataan yang lunak seperti bersatu, bersatu itu apa, ada orang bersatu yang nak rompak, ada bersatu dengan macam cerita persatuan 40 penyamun. Jadi bersatu itu mesti bersandarkan kepada beberapa prinsip yang jelas.

"Ada tata-kelola yang baik, menolak rasuah, tidak bersetuju dengan kaedah atau dasar perkauman, atau kefahaman agama cara fanatik yang menidakkan kehadiran yang lain.

“Kalau bersetuju silakan, ini bukan milik monopoli mana-mana parti,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-