Sunday, October 30, 2022

Bekas pemimpin Hindraf, Zahid makin ‘mesra’: Saifuddin

agendaily.com
30/10/2022
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan semakin akrab dengan bekas pemimpin Hindraf P Waytha Moorthy.

Dakwaan bekas Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, P Waytha Moorthy berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) enggan dilayani Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya, Menteri Luar kerajaan sementara itu berkata Waytha sekarang sudah menjadi baik dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekarang, ia susulan sokongan bekas pemimpin utama Hindraf itu baru-baru ini terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya tengok dia dah baik dengan Zahid Hamidi, jadi itulah jawapan saya,” katanya ringkas dipetik laporan media hari ini.

Saifuddin terdahulu dilaporkan berkata Waytha adalah Menteri semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengendalikan cubaan Malaysia untuk meratifikasi ICERD tetapi gagal.

Menteri luar itu berkata, apa yang dia ingat, tidak ada kertas Kabinet dibentangkan untuk ratifikasi ICERD selain tidak faham mengapa beliau diserang berhubung isu berkenaan.

Saifuddin juga mendakwa, satu-satunya perjanjian antarabangsa yang dia terlibat ialah Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED) dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan.

Terdahulu, Waytha yang juga presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) pada Khamis menyatakan sokongannya kepada BN pada PRU-15 depan.

Waytha menjelaskan sokongan terhadap BN dibuat selepas permintaannya untuk bekerjasama dengan PH tidak diendahkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-