malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Oct 23, 2022 9:43 AM
MIC berharap akan diberi lebih daripada sembilan kerusi Parlimen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan kepada sokongan masyarakat India kini yang semakin bertambah baik terhadap parti, kata Timbalan Presidennya M. Saravanan.
Beliau bagaimanapun menegaskan parti itu tidak memberi tekanan kepada Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk menunaikan permintaan itu, dan berkata perkara berkenaan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk dipertimbangkan.
"Bila banding dengan PRU14 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, kita lihat perubahan yang besar dalam masyarakat India, daripada sebelum ini 10 peratus sokongan pada PRU14, tetapi di PRK Cameron Highland dan seterusnya PRN, kita dapat (sokongan) hampir 37 peratus.
“Saya yakin keadaan ini (sokongan) akan bertambah pada PRU15," katanya kepada media ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meninjau persiapan Deepavali di Brickfields di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya beliau juga bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Tapah yang dimenanginya sejak tiga penggal lalu, pada PRU15 ini.
Terdahulu, Presiden MIC SA Vigneswaran dilaporkan berkata parti itu kekal bertanding di semua kerusi tradisinya pada PRU15 iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Lebih 700 orang telah mati akibat suhu terlampau panas selama tiga hari berturut-turut di selatan Pakistan, menurut kenyataan dari kerajaa...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
-
Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.