malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Oct 11, 2022 10:00 AM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai calon perdana menteri kesepuluh jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Gerakan Dominic Lau berkata gabungan tiga parti dalam PN bersetuju dengan cadangan itu dan sudah bersedia untuk memasuki gelanggang pilihan raya dan seterusnya memastikan kemenangan mereka.
"Kita katakan kita menang dalam PRU15, kita menubuhkan kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat dan kita akan menjadikan Tan Sri Muhyiddin yang juga pengerusi PN sebagai perdana menteri yang kesepuluh," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera PN Pahang di Kerdau, dekat Temerloh, malam tadi.
Dominic turut meluahkan rasa pelik mengenai tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang begitu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya walaupun dibantah oleh pemimpin daripada PN dan Pakatan Harapan (PH).
"Saya sendiri pun tak faham kenapa Umno dan Zahid Hamidi begitu bersungguh-sungguh mahu buat PRU15 segera.
"Cuma apa yang saya tahu, ada tiga sebab kenapa Umno nak PRU15 cepat.
"Sebab pertama kerana mereka tahu sokongan rakyat kepada Umno dan BN semakin menurun, kedua kerana ‘taktik kotor’ digunakan mereka ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Melaka yang mana jika peratus keluar mengundi kurang, mereka fikir boleh menang.
"Faktor ketiga pula ialah kalau mereka menang, Zahid akan jadi perdana menteri (PM) dan bila dia jadi PM, kes dia akan digugurkan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan (gambar, atas) berkata hubungan Umno dan PAS tidak mempunyai sebarang masalah pada peringkat awal sehinggalah Umno meminta PAS meninggalkan Bersatu.
"Memang pada awalnya Umno menerima PAS, Bersatu pun tiada masalah dengan PAS, tapi mereka (Umno) minta kita putuskan hubungan Bersatu.
"Saya beritahu, Bersatu tinggalkan PH untuk bersama kita menubuhkan kerajaan, takkan kita nak tinggalkan kawan kita apabila kita senang, kita berkawan waktu susah dan waktu senang," katanya ketika berucap pada majlis PN itu.
Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapan perasmiannya berkata jenayah rompakan mega dilakukan pimpinan Umno dan BN memberi imej buruk kepada negara.
Katanya, Ismail Sabri ditekan oleh kluster mahkamah daripada partinya sendiri dan akhirnya terpaksa akur dan membubarkan Parlimen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub bhrencana@bh.com.my Oktober 17, 2024 Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. BERSATU keti...
-
sinarharian.com.my 17 Oktober 2024 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan 202...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 19, 2024 Ahli Parlimen PKR Hassan Karim menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 oleh Perda...
-
bharian.com.my Oktober 22, 2024 @ 8:34am MALAM sebelum Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan, beliau diliha...
-
kosmo online.com Oleh AZMI NORDIN 18 Oktober 2024, 12:48 pm Azam pada sidang akhbar di Menara Perkeso, Kuala Lumpur, hari ini. KUALA LUMPUR ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -17 Oct 2024, 04:44 PM Wan Saiful Wan Jan meminta kerajaan memastikan proses pembaharuan bandar tidak me...
-
harakahdaily.net October 17, 2024 Ahmad Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: Bajet 2025 dijangka akan menjadi bajet yang paling besar di dalam sejara...
-
kosmo.com.my Oleh KOSMO! 19 Oktober 2024 Anwar tiba di Jakarta petang tadi bagi menghadiri Upacara Pelantikan Presiden dan Wapres Republik I...
-
harakahdaily.net October 17, 2024 Ahmad Fadhli dan Mohd Puad KUALA LUMPUR: Tiada pihak dari PAS yang menyebut Umno ‘berkudis’ apabila adik P...
-
harakahdaily.net October 20, 2024 Tuan Guru Abdul Hadi Awang “BAGAIMANA dengan perkembangan Hamas sekarang Ayah Chik, mengapa Yahya Sinwar, ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.