Friday, October 21, 2022

PRU-15: Ku Li seru anak muda keluar mengundi

hmetro.com.my
Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my
TENGKU Razaleigh Hamzah. FOTO arkib NSTP

Gua Musang: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menjadi platform bagi pengundi baharu terutama anak muda untuk memilih kerajaan yang kukuh dan stabil.

Justeru, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, menyeru anak muda supaya keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab, 19 November ini.

Katanya, anak muda yang layak mengundi sudah didaftarkan secara automatik dan merekalah yang bakal mencorakkan semula pemerintahan negara.

"Saya harap ramai anak muda mengambil peluang keluar mengundi beramai-ramai untuk nak tukar atau mencorakkan semula pemerintahan negara.

"Kalau kita nak kepada mereka yang kita rasa yakin memberi pemerintahan yang baik, jadi saya harap janganlah kita boikot atau pulau peluang yang terbuka ini.

"Guna kesempatan ini. Kalau kita tak suka kepada seseorang tak perlu undi dia. Cari dan pilih yang lain. Tetapi jangan sia-siakan peluang ini yang sudah diberi kepada kita. Gunakan kesempatan ini sebaik mungkin," katanya menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November dan hari pengundian awal pada 15 November ini.

Disiarkan pada: Oktober 21, 2022 @ 5:27pm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-