Monday, October 24, 2022

Selepas keluar UMNO masuk Bersatu, KB Padang Terap umum keluar parti lagi

agendaily.com
24/10/2022
Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim mengumumkan keluar parti Bersatu berkuat kuasa serta-merta dan memberi sokongan kepada UMNO dan juga Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Syed Sobri merupakan Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap dan sebelum ini keluar UMNO untuk menyertai Bersatu, bagaimanapun disebabkan tiada peruntukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang semasa berada dalam UMNO itu mengambil keputusan untuk keluar parti sekali lagi.

Beliau mendakwa seramai 1,000 ahli parti bahagian itu dan empat ketua serta ahli jawatankuasa (AJK) beberapa cawangan di Padang Terap turut mengambil tindakan sama.

“Keputusan ini dibuat atas kerelaan tanpa paksaan atau habuan pihak tertentu, ini bukan sebab pilihan raya atau gila jawatan.

“Saya pernah jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang ketika masih bersama Barisan Nasional (BN) bermula 2008 hingga 2013, selain memegang jawatan Ketua Bahagian Bersatu,” katanya dipetik laporan BH.

Berikutan itu, beliau memilih untuk mendukung Barisan Nasional (BN) dan akan memberi sokongan penuh kepada Mahdzir Khalid, sekiranya dicalonkan.

“Mahdzir sudah membuktikan pencapaian selama ini dalam membela masyarakat dan memacu pembangunan untuk rakyat di Padang Terap, negeri dan negara.

“Saya bersama ahli yang keluar parti berada dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Penggerak Masyarakat Padang Terap yang saya tubuhkan bagi memberi sokongan kepada calon BN,” katanya.

Antara alasan Syed Sobri keluar parti adalah peruntukan untuk Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak diberikan.

“Di Padang Terap ada 31 PDM dan setiap satu memerlukan RM3,00 hingga RM4,000 untuk beroperasi tetapi peruntukan tak ada,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-