Monday, November 28, 2022

Adakah Anwar yakin anak murid tak tarik sokongan sama sebelum ini?

agendaily.com
28/11/2022
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan baik sejak zaman Pemuda UMNO.

Pelbagai spekulasi berhubung kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), tetapi siapakah dikalangan Ahli Parlimen (MP) UMNO yang akan mengisi jawatan nombor dua tersebut.

Namun, nama anak murid setia kepada Perdana Menteri (PM) ke-10 antara senarai teratas yang dikatakan paling digemari cikgunya kerana jasanya membantu naik ke jawatan diidamkan sejak sekian lama itu.

Tanpa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menipu semua pengundi UMNO dengan mengheret untuk tidur sekatil dengan PKR dan DAP, mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti untuk ditabalkan sebagai PM.

Begitu besar jasa Zahid kepada cikgunya, adakah pengorbanan tersebut akan dilupai begitu sahaja. Pastinya ganjaran besar perlu diberikan kepada anak murid setianya itu.

Anwar perlu sedar jika tidak diberikan jawatan penting kepada Zahid, tidak mustahil episod menarik sokongan semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini boleh berulang lagi.

Pemerhati politik begitu teruja untuk melihat sejauh mana hubungan cikgu-anak murid antara kedua-dua mereka, adakah prinsip yang diperjuangkan oleh seorang individu yang kononnya reformis itu akan digadaikan demi membalas jasanya kerana dapat menjadi PM.

Bagaimanapun tidak mustahil Anwar juga terpaksa melayani tuntutan Zahid jika tidak mahu hayat politiknya singkat selepas ini.

Bagi Zahid sekarang, masa depan politiknya bergantung kepada Anwar dan boleh diibaratkan telurnya sudah dipegang erat. Segala arahan dan turutan perlu dipatuhi Zahid jika tidak mahu nasib sama menimpa bekas PM, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar mungkin boleh memaafkan anak muridnya demi untuk berkuasa, tetapi rakyat belum tentu akan memaafkan Anwar jika beliau bertindak sedemikian.

Sudah lah naik menjadi PM dengan menipu rakyat sepanjang tempoh berkempen, kononnya tidak akan bekerjasama dengan UMNO sebelum ini tetapi sebaliknya PH terpaksa sujud kepada ketua sakau demi melihat bos mereka tersebut menjadi PM.

Bukan tidak mahu menerima kekalahan tetapi biarlah ada etika.

Yang berlaku sudah berlaku, namun Anwar perlu berjaga-jaga dengan anak muridnya yang kaki pusing tersebut.

Jika tersilap langkah, silap-silap diri terjerut dengan permainan anak murid yang diketahui sangat licik dan memanipulasi orang ramai.

Bukan sahaja rakyat ditipunya, malah pemimpin UMNO sebelum ini ditipunya hidup-hidup apabila sanggup sumpah dengan nama tuhan demi memastikan segala kata-katanya dipercayai.

Pesanan kepada Anwar, berhati-hatilah apabila Zahid mula membawa failnya nanti seperti yang didedahkan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ramai sudah serik mempercayai Zahid, tapi tidak tahu lah pula jika anak muridnya yang seorang ini akan setia mengikut cakap cikgunya.

Sama-sama lah kita nantikan drama politik berpanjangan ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-