04/11/2022
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini (Jumaat, 4 November 2022) berkata mereka tidak pernah merancang bekerjasama untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.
Bagaimanapun, ramai yang tidak percaya kepada kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua mereka, jika melihat sejarah persahabatan mereka sejak zaman Pemuda UMNO lalu, selain kedua-duanya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat.
Anwar dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri yang dicita-citakannya sejak menyertai UMNO, manakala Zahid akan melakukan apa sahaja untuk bebas daripada 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah yang sedang dihadapinya sekarang.
Dalam kenyataan hari ini, Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata jika adapun rundingan sedemikian, UMNO pastinya akan menuntut kerusi menteri tertentu atau mengenakan syarat dan kontrak.
Anwar berkata banyak lagi pemimpin PH yang telah lama memberi sokongan kepadanya tetapi tidak pernah meminta atau menuntut sebarang jawatan menteri.
“Buat apa kita nak runding dengan UMNO dan jika buat rundingan, UMNO akan tanya (minta jawatan) menteri tertentu.
“Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara) dan Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) sudah berapa lama beri sokongan kepada saya, tetapi tidak pernah sebut mahu tuntut menteri itu dan ini.
“Anda ingat kalau UMNO yang runding, mereka takkan tuntut sebarang jawatan atau kontrak?” katanya dalam Siri Jelajah Mega Harapan di Alor Setar, malam tadi, menurut BH.
Beberapa jam selepas Anwar membuat kenyataan itu, Zahid yang juga Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyusul sambil turut menafikan kedua-dua gabungan itu akan bekerjasama selepas PRU-15.
Dalam kenyataan petang ini, Zahid bertanya dari mana maklumat mengatakan BN dan PH akan bergabung selepas PRU-15 sekiranya langkah itu boleh mencapai jumlah kerusi bagi membentuk kerajaan.
“Atau (maklumat itu dapat) dari satu dua ‘gunting dalam liputan’ dalam UMNO?,” soal Zahid.
Kedua-duanya membuat kenyataan itu sebagai mengulas dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO akan memastikan kemenangannya pada PRU-15 ini lebih rendah daripada PH, supaya dapat menubuhkan kerajaan bersama selepas pilihan raya.
Hadi semalam, mendakwa strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU-15 ini.
Zahid dan Anwar sebelum ini memang sudah diketahui umum rapat sejak zaman Pemuda UMNO lagi. Malah, media pernah mendedahkan Anwar menghubungi Zahid ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020, tahun lalu sambil berbincang strategi politik.
Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO ketika PAU berlangsung.
“Saya dah 22 tahun baru saya follow (mengikuti) Perhimpunan Agung UMNO,” kata Anwar sambil ketawa semasa awal perbualan.
Zahid kemudiaan menjelaskan kepada Anwar tentang ucapannya semasa PAU itu adalah sebahagian daripada strategi, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan “No Anwar, No DAP, No Bersatu” dalam ucapan dasarnya semasa PAU.
“Don’t worry that is only tactical ok (jangan risau, itu hanya strategi),” balas Zahid kepada Anwar.
Tahun lalu, BN yang dipimpin UMNO turut bekerjasama dengan PH menggulingkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), malah Zahid sendiri menandatangani surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kesembilan, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apakah janji Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika dapat jadi Perdana Menteri?

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.