B Nantha Kumar
Diterbitkan: Nov 23, 2022 3:00 PM
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.
Satu sumber terdekat Umno mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.
"Ada perjumpaan antara BN dan PN di Hotel St Regis Kuala Lumpur.
"Tok Mat (Mohamad Hasan) mengetuai BN. Selain, Wee (Ka Siang), Saravanan, dan Arthur (Kurup) akan menghadiri perjumpaan ini," katanya.

Bagaimanapun, sumber itu juga mengesahkan bahawa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menyertainya.
Sebelum ini, BN mengadakan perjumpaan dengan Pakatan Harapan (PH) bersama Anwar Ibrahim pada Isnin di Hotel Seri Pacific.
Anwar berkata tujuh wakil BN terlibat dalam perbincangan bersama PH.

Ismail yang juga perdana menteri sementara, menurut Anwar, terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan kerja.
Katanya, perbincangan berkisar keperluan membentuk kerajaan yang stabil dan terangkum yang menumpukan kepada tadbir urus yang baik dan membangunkan ekonomi negara.
Kerajaan pusat masih tidak dapat ditubuhkan berikutan tiada majoriti mudah dimenangi gabungan yang bertanding PRU15.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.