Wednesday, November 23, 2022

Tiada SD ditandatangani, BN mohon penangguhan mengadap Agong

hmetro.com.my
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
Dewan Tertinggi BN selesai bersidang bagi membincangkan ketetapan berhubung sokongan terhadap calon Perdana Menteri Ke-10, kira-kira jam 10 malam tadi.

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mungkin akan memohon penangguhan terhadap titah 30 Ahli Parlimen supaya mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.

Perkara itu disahkan beberapa pemimpin kanan BN selepas selesai bermesyuarat malam tadi.

Permohonan penangguhan mengadap Yang di-Pertuan Agong dibuat atas dasar beberapa perkara yang masih diteliti parti gabungan itu.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada Istana Negara malam ini.

Katanya, beberapa perkara masih diteliti sebelum sebarang keputusan mengenai sokongan terhadap calon Perdana Menteri ke-10.

"Kita akan buat keputusan selepas perundingan namun beberapa perkara masih belum selesai (mengenai sokongan calon Perdana Menteri ke-10)," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, BN masih kekal dengan pendirian untuk tidak menyokong mana-mana gabungan sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Katanya, beliau juga menafikan mesyuarat malam tadi bertujuan untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong calon Perdana Menteri ke-10.

"Setakat ini, BN masih kekal dengan keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan (PN dan PH) bagi membentuk kerajaan," katanya.

Malam tadi, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung bagi membincangkan sokongan calon Perdana Menteri Ke-10 selesai kira-kira 11 malam sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.

Disiarkan pada: November 23, 2022 @ 12:13am

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-