Athirah Huda Zalhe
'Beri kerajaan sedikit masa, masih awal nilai prestasi'
Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, keputusan pasca PRU15 sudah dibuat dan kerajaan baharu – yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim – telah pun dibentuk.
“Kawan-kawan, saya selalu juga terbaca komen-komen di akaun media sosial saya. Ada sekali dua saya terbaca orang tanya tentang kewajaran kerajaan dan prestasi setakat ini.
“Bukan nak mengelak soalan ini, tetapi kita perlu terima hakikat bahawa keputusan telah pun dibuat dan kerajaan pun telah dibentuk,” katanya dalam video pendek di Facebook.
Mengulas mengenai prestasi kerajaan campuran, Hishammuddin berpandangan masih terlalu awal untuknya menilai dan memberi komen berkenaan perkara itu.
“Mereka pun baru seminggu dua masuk kementerian masing-masing. Jadi, berilah mereka sedikit masa.
“Secara peribadi, saya sesungguhnya mengucapkan selamat maju jaya dan doakan perjalanan mereka dipermudahkan dan urusan rakan-rakan dalam Kabinet dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.
Pasca PRU15 lalu, Hishammuddin antara ahli Parlimen UMNO yang tegas menolak kerjasama dengan PH dan mendakwa sedia dipecat oleh parti jika kerjasama berlaku untuk membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, pasca pembentukan kerajaan baharu itu, Hishammuddin dilihat hanya berdiam diri dan dilihat duduk di barisan blok kerajaan pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.