Sunday, December 11, 2022

Keahlian Muafakat Nasional sudah dibuka

bharian.com.my
Oleh Fahmy A Rosli 
fahmy.azril@bh.com.my
- Disember 11, 2022 @ 12:21am
Muafakat Nasional bermula dengan persefahaman di antara UMNO dan PAS. 
- Foto hiasan NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai ahli parti baharu itu dibuka lebih awal atas permintaan ramai, kata Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan di Facebook malam ini, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu menjelaskan sepatutnya permohonan itu dibuka pada minggu depan.

Katanya, permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi MN di https://muafakatnasional.org.my.

"Permohonan keahlian Muafakat Nasional dibuka lebih awal.

"Sepatutnya minggu hadapan. Namun, atas permohonan ramai kita awalkan permohonan secara online," katanya

Berdasarkan maklumat di laman web berkenaan, antara aktiviti yang bakal dianjurkan oleh MN merangkumi sesi sidang meja bulat antaranya dengan tokoh masyarakat dalam pelbagai bidang serta kepakaran

Ini termasuk penganjuran jelajah dan seminar tertutup di setiap negeri bagi membawa semangat muafakat dan mempromosi keahlian MN serta konvensyen bertaraf nasional.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-