Wednesday, December 14, 2022

Ketua Pemuda UMNO Seremban keluar parti, sertai PAS

agendaily.com
14/12/2022
Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin mengumumkan akan menyertai PAS.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin beberapa ahli jawatankuasanya mengesahkan akan menyertai PAS setelah kecewa dengan apa yang berlaku terhadap parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Memetik laporan FMT, beliau berkata borang keahlian penyertaannya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha pada Sabtu.

“Kita juga akan membuka kaunter untuk siapa yang mahu jadi ahli PAS pada Sabtu nanti,” katanya.

Ditanya adakah ia membabitkan keseluruhan jawatankuasa Pemuda bahagian itu, Zool berkata keseluruhan ahli yang keluar UMNO akan diumumkan pada sidang media di kediamannya di Seremban selepas sesi penyerahan borang keahlian berkenaan.

Zool sebelum ini antara yang lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya menjadi punca orang Melayu hilang keyakinan terhadap parti itu.

Sumber turut memaklumkan FMT, Zool telah dikeluarkan daripada kumpulan sembang WhatsApp “Ketua Pemuda Malaysia”.

“Kami dah singkir dia (Zool) dari kumpulan (WhatsApp), dia keluar UMNO sebab tak sokong presiden,” menurut sumber rapat dengan perkara itu.

Berdasarkan jemputan, Zool akan mengadakan penyerahan borang keahlian dan sidang media pada 5 petang Sabtu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-