Monday, December 12, 2022

Konspirasi bakal halang Khairy tanding kerusi Presiden UMNO

agendaily.com
12/12/2022
Khairy Jamaluddin menempelak Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan, tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Menjawab soalan media hari ini (Isnin, 12 Disember 2022) berhubung perkara itu, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan hanya berkata “kita lihat”.

Sebelum ini, Khairy yang kalah dalam saingan merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15 lalu, menempelak Zahid yang mengakibatkan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarahnya.

Beliau kemudian mendesak Zahid meletak jawatan.

Ketika kempen PRU lalu, Khairy berterusan mengeluarkan kritikan pedas terhadap pemimpin atasan parti apabila mendakwa UMNO kini sudah sesat dan perlu kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata parti itu sudah menyimpang daripada perjuangan dan pembaharuan segera perlu diambil bagi memulihkan parti.

“Ini kita cakap yang benar. Janganlah berselindung lagi. Orang Melayu sentiasa ada (perasaan) sentimental terhadap UMNO. Cuma UMNO ini dah sesat dan perlu kembali ke pangkal jalan dan perlu diperbetul semula.

“Saya nak menang PRU-15 untuk memastikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Selepas itu kita bersihkan semula UMNO serta bawa balik keyakinan rakyat.

“Saya ini reformis dalam UMNO dan tak boleh kunci mulut saya. Sebab itulah dihantar ke Sungai Buloh. Kalau tiada sesiapa berani ketengahkan, sampai bila-bilalah tak akan berubah.

“Sebab itulah pertaruhan saya kali ini bukan semata-mata untuk Sungai Buloh sahaja tetapi untuk masa depan negara, UMNO dan BN. Kalau saya menang insya-Allah kita boleh melihat perubahan besar. Bermula dari Sungai Buloh dan berakhir ke Putrajaya,” kata Khairy.

Bagaimanapun, hasrat Khairy untuk bertanding jawatan presiden mungkin terhalang kerana kini wujud konspirasi untuk menghalang jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Malah, Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 5 Disember lalu turut menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadual berlangsung hujung Disember ini kepada awal tahun depan.

PAU 2022 sepatutnya diadakan pada 21 hingga 24 Disember ini, tetapi ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Januari tahun hadapan degan memberi alasan tarikh asal bertembung dengan cuti persekolahan.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mencadangkan usul dibawa dalam PAU supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Jamal yang kalah di Parlimen Sungai Besar pada PRU-15 lalu ditangan Cikgu Muslimin Yahaya daripada Perikatan Nasional memberi alasan UMNO masih lagi dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

“Walaupun UMNO mengamalkan sistem demokrasi tetapi apa yang berlaku yang kalah tidak dapat menerima kekalahan dan melakukan gerakan agar yang menang didesak untuk meletakkan jawatan seperti apa yang berlaku sebelum pemilihan pada tahun 2018,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-