Friday, December 2, 2022

MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin

agendaily.com
2/12/2022
Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Penyakit menipu dalam UMNO sudah menjadi pandemik apabila mula menjangkiti Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang secara terang-terangan memanipulasi cerita demi mahu menjadi Menteri Besar (MB) Pahang.

Bukan sahaja Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menipu kepada pengundi dan penyokong parti itu semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), nampaknya Wan Rosdy juga dibidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Saifuddin Abdullah kerana mengikut jejak sama dilakukan ketuanya itu.

Saifuddin menjawab dakwaan Wan Rosdy yang dilihat cuba memutar-belit fakta hanya semata-mata mahu mengaburi mata pengundi supaya menerima tindakannya untuk duduk sekatil dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) seperti dilakukan oleh Zahid di peringkat kerajaan pusat.

“Pada pusingan pertama, semasa itu memang belum ada kerajaan di peringkat Persekutuan. Hakikatnya ialah kami menyatakan kita tidak mahu membentuk kerajaan dengan PH di Pahang.

“(Pusingan) Yang kedua ialah kita nak membentuk kerajaan negeri dengan BN (Barisan Nasional).Ketiga, kami kata logiknya kamilah (PN) jadi menteri besar kerana kami ada kelebihan kerusi.

“Selanjutnya kalau Wan Rosdy tak selesa menjadi exco biasa, Tuan Ibrahim (DatuK Seri Tuan Tuan Ibrahim Tuan Man) kata, kita boleh fikirkan (alternatif) contohnya sekiranya kami membentuk kerajaan Persekutuan boleh bawa dia (Wan Rosdy) ke pusat,” katanya dipetik laporan media.

Tambah Saifuddin lagi, tindakan yang diambil PN itu menunjukkan mereka benar-benar bertolak ansur asalkan bukan PH yang membentuk kerajaan negeri di Pahang.

“Jadi Wan Rosdy jangan putar belit cerita. Ceritanya betapa kami bertolak-ansur dengan BN… itu cerita yang sebenar,” terangnya lagi.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu turut melabelkan Wan Rosdy sebagai bersikap sombong selepas hanya menawarkan satu jawatan exco kepada PN sebaliknya dua kepada PH.

“Cerita yang sebenarnya juga betapa sombongnya Wan Rosdy apabila dalam rundingan terakhir ketika pertemuan dengan Tuan Ibrahim dia menyatakan BN akan jadi menteri besar, dua jawatan exco kepada PH dan satu saja (jawatan exco) kepada PN.

“Itu sombonglah, jadi kita kata tak payahlah nak berunding macam mana orang ada 17 kerusi boleh dapat satu exco dan orang ada lapan kerusi dapat dua exco,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-