Tuesday, December 6, 2022

Rafizi akui tidak mudah turunkan harga minyak

bebasnews.my
By Editor
-06/12/2022
Photo by Skitterphoto on Pixabay

KUALA LUMPUR — “Ditakdirkan kita ambil alih kuasa, beri saya 24 jam….saya umum! Harga minyak turun!,” begitulah kata-kata yang pernah dilafazkan Ketua Pembangkang yang kini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhirnya, ternyata kenyataan itu sekadar janji politik untuk meraih sokongan pengundi.
Hari ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli terpaksa mengakui bahawa Kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk memutuskan kemungkinan menurunkan harga runcit bahan api walaupun harga minyak mentah global semasa menunjukkan trend penurunan.

Beliau dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata, kerajaan perlu mengambil kira banyak faktor termasuk keupayaan kewangan semasa dan peruntukan untuk aktiviti ekonomi yang mempunyai kesan berganda.

“Semua ini memerlukan kita lebih banyak masa untuk mengkaji setiap aspek kerana apabila kita menyertai mana-mana organisasi atau pentadbiran baharu sama ada dalam kerajaan atau syarikat, kita tidak hanya campur tangan dan membuang segala-galanya.

“Kita ada hala tuju tetapi perlu mengkaji dahulu…adalah bahaya jika semua menteri, selepas 24 jam pertama angkat sumpah mengumumkan ini dan itu,” kata beliau ketika ditanya tentang cadangan menurunkan harga minyak selepas Ceramah Mega Ayuh Malaysia di Padang Serai.

 — BebasNews

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-