23/12/2022
Ahli Parlimen Sembrong daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata UMNO tidak boleh salah langkah lagi setelah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Beliau berkata langkah UMNO ke hadapan, khususnya untuk menarik semula sokongan rakyat, bukan suatu jalan yang mudah untuk dilalui.
“Sesungguhnya kita perlu lakukan penambahbaikan. Dan apa jua pembetulan yang diperlukan untuk parti kesayangan kita ini.
“Banyak sangat kerja kena buat kalau nak pulihkan semula keyakinan rakyat. Kita tak boleh salah langkah lagi.
“Memandangkan sekarang ada sedikit lebihan masa tidaklah sesibuk sebelum ini. Insya-Allah masa yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti,” katanya dalam kenyataan di laman Twitternya, malam tadi (22 Disember 2022).
Hishammuddin berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang sering ditanya kepadanya berhubung pendirian dan apa hala tuju politiknya selepas ini.
“Bagi saya mudah je. Saya tetap UMNO, dulu kini dan selamanya. Saya tak akan ke mana. Yang cakap-cakap di luar sana hanyalah usaha untuk memburukkan dan menidakkan saya.
“Perjalanan saya dalam politik daripada awal lagi di peringkat cawangan Sungai Mati bahagian Ledang tidak pernah mudah.
“Sukar memang sukar. Jalan ke depan ni takkan senang. PRU-15 Barisan Nasional kalah teruk.
“Hanya dapat 30 kerusi saja satu keputusan yang patut menginsafkan dan menyedarkan kita semua khususnya warga UMNO dan Barisan Nasional,” katanya yang juga Bendahari Agung BN.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan akar umbi UMNO untuk membulatkan tekad dan merapatkan barisan serta melihat ke depan demi kelangsungan perjuangan.
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.