Saturday, January 21, 2023

Kos bahan mentah turun, harga makanan perlu turun, Rafizi tegur peniaga

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-January 21, 2023 6:04 PM
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli tindakan sesetengah peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun kos bahan mentah sudah turun menyebabkan rakyat marah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menggesa peniaga restoran dan kedai makan untuk menyemak harga jualan mereka supaya seimbang dengan harga bahan mentah yang kini telah turun.

Rafizi berkata, beliau mendapati ada sesetengah peniaga makanan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah mengalami penurunan, lapor Bernama.

“Kadang-kadang, itu orang marah apabila harga bahan mentah (semakin turun), harga (bil) elektrik tidak naik, semuanya dikekalkan, tetapi harga barang daripada peruncit, restoran dan gerai tidak turun.

“Kita juga perlukan supaya yang mana boleh turun, kita turunkan dan yang mana boleh kurang, kita kurangkan.

“Setakat ini, semua yang lain menunjukkan penurunan kecuali untuk beli makanan yang sudah siap daripada restoran dan gerai serta ‘take away’ ke rumah masih naik walaupun harga bahan mentah telah turun,” katanya.

Menurut Rafizi lagi, dengan mengimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.

Rafizi juga menasihatkan pengguna mengelak daripada berkunjung ke restoran dan kedai makan yang masih menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi.

“Pengguna perlu bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga. Itu cara terbaik untuk kita mempengaruhi keputusan peniaga terutamanya di restoran,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-