Wednesday, March 15, 2023

Adakah kamu sokong lantikan Asyraf, Jazlan, Bersih soal PM

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
15 Mar 2023, 3:23pm

Kumpulan reformasi pilihan raya mendakwa pelantikan pengerusi Mara baharu dan lantikan semula pengerusi Felcra bermotif politik.
Pengerusi Bersih Thomas Fann meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan sama ada beliau menyokong atau membantah pelantikan dua pemimpin Umno dalam syarikat berkaitan kerajaan.

PETALING JAYA: Bersih menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan secara terbuka sama ada beliau menyokong pelantikan dua pemimpin Umno baru-baru ini sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ia susulan pelantikan bekas ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki sebagai pengerusi Mara, dan lantikan semula Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi Felcra, yang disahkan hari ini.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann, berkata Anwar harus mendedahkan sama ada beliau menyokong pelantikan individu terbabit, serta menjelaskan sebab beliau menyokong atau membantahnya.

“Hakikat pelantikan Jazlan diumumkan pada mesyuarat parti oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melenyapkan keraguan bahawa ia pelantikan politik,” katanya dalam kenyataan.

Tegas Fann, hanya individu benar-benar berlayakan harus dilantik dalam GLC, memandangkan syarikat itu penjaga sumber awam.

Beliau mengulangi gesaannya agar rangka kerja jelas diwujudkan dalam soal melantik individu dalam GLC, walaupun ia melibatkan ahli politik yang pada masa itu bukan wakil rakyat.

Jazlan, yang juga ketua Umno Kelantan, mula dilantik sebagai pengerusi Felcra pada Oktober 2021. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dalam pentadbiran Najib Razak antara 2015 dan 2018.

Zahid mengumumkan pelantikan semula Jazlan pada Disember lalu, tetapi beberapa hari kemudian, Anwar berkata ia ditangguhkan.

Ketika itu, Anwar berkata, ahli politik dan Ahli Parlimen mungkin dilantik ke dalam GLC tetapi beliau menegaskan keupayaan profesional, prestasi lalu individu tersebut, serta pematuhan prinsip tadbir urus yang baik akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

Hari ini, Zahid mengesahkan pelantikan semula Jazlan pada satu majlis Umno di Kelantan, di mana presiden parti itu memperkenalkan calon yang bertanding pada pemilihan parti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-