malaysiakini.com
Shakira Buang & Haspaizi Zain
Diterbitkan: Mar 18, 2023
Pasukan Armand Azha Abu Hanifah berjaya menewaskan pasukan Mohd Lokman Hamidi, adik kepada Ahmad Zahid Hamidi dalam persaingan kepimpinan Umno Bahagian Subang.
“Syukur alhamdulilah ke hadrat Allah SWT diberikan keberkatan bagi kemenangan buat keluarga,” kata Armand dalam hantaran di Facebook.
Armand dan Mohd Lokman tidak bertembung secara langsung tetapi berada dalam pasukan berbeza merebut jawatan tertinggi bahagian Umno itu.
Armand menewaskan pencabarnya Abu Hassan Asha'ari Alang Jaman untuk kekal menyandang jawatan ketua Umno Subang.
Adik Zahid pula tewas dalam perebutan naib ketua bahagian Umno kepada Hazeman Ahmad, calon pasukan Armand.
Sementara itu, setiausaha politik kepada Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri kemajuan desa dan wilayah, Razlan Rafii (gambar, atas) sah menyandang jawatan Ketua Bahagian Umno Seputeh.
Razlan menang dengan majoriti besar 206 undi menewaskan pencabarnya, Mustapa Kamal yang memperoleh 55 sokongan.
Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan memaklumkan keputusan pemilihan Umno bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dijangka akan diketahui pada malam ini.
Ahmad yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian berkata pemilihan hari ini, melibatkan sebanyak 189 bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian di seluruh negara.
Hanya dua Umno bahagian yang tidak menjalankan pemilihan berikutan digantung akibat masalah tertentu iaitu Tanah Merah, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah.
Pemilihan Umno diadakan bermula pada 1 Feb dengan Persidangan Tahunan Umno Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.
Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita Umno, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri Umno Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lepas.
Pemilihan Umno berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian, bersama pemilihan Ahli MT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 21, 2024 9:02 PM Pengerusi PN Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas dia enggan ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -23 Apr 2024, 04:04 PM Wee Ka Siong berkata ahli MCA terguris dengan penghinaan pemimpin DAP. Presiden W...
-
MalaysiaNow April 26, 2024 9:00 pagi Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerh...
-
bharian.com.my Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub bhrencana@bh.com.my - April 21, 2024 @ 9:01am Foto hiasan. -Foto fail NSTP Politik Selangor ...
-
agendaily.com 22/04/24 Nga Kor Ming. UMNO digesa membantu calon yang akan diletak DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (D...
-
hmetro.com.my Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut...
-
malaysiakini.com Haspaizi Zain Diterbitkan: Apr 25, 2024 3:07 PM Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan laporan media berhubung dakwaan ker...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 25, 2024 4:37 PM Pemuda Umno menggesa kerajaan mahupun pembangkang mengadakan usul ke Parlimen bagi mengg...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 23, 2024 10:32 AM Pemuda MCA menggesa supaya keputusan dan hak mereka untuk tidak berkempen kepada DAP di...
-
freemalaysiatoday.com Shahrul Shahabudin -21 Apr 2024, 04:51 PM Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa melaksanakan reform...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.