Saturday, March 18, 2023

‘Ini Permulaan Kebangkitan Umno’ – Ahmad Zahid

malaysiatoday.net
BERITA
By MT Webmaster 
On Mar 18, 2023

(Metro) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemilihan pucuk pimpinan Umno di peringkat nasional dan 191 bahagian yang berlangsung hari ini sebagai langkah kebangkitan parti itu.

Menurutnya, keputusan pemilihan itu bakal membolehkan Umno bergerak sebagai satu pasukan mantap bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) bersama parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, situasi ramai ahli mencalonkan diri bagi pemilihan kali ini juga membuktikan demokrasi diraikan di dalam Umno.

“Pada pengamatan saya, kemeriahan demokrasi sedang berjalan dalam Umno walaupun terdapat pihak yang mendakwa parti ini mengalami kemalapan, ramai mahu menaruh diri.

“Terdapat 95 calon ahli Majlis Tertinggi yang akan dipilih 25 orang. Terdapat lapan calon Naib Presiden (yang dipilih hanya tiga), terdapat 10 calon Timbalan Pengerusi Tetap (yang dipilih hanya seorang) dan terdapat dua calon Pengerusi Tetap, kita hanya pilih seorang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk di Kompleks Umno Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Zahid yang juga Presiden Umno berkata, penyusunan semula jentera parti nanti bakal membawa Umno keluar dari kepompong.

“Kita sedang jalinkan hubungan dengan NGO Melayu dan bukan Melayu dan beberapa langkah lain bagi mendokong cita-cita mengukuhkan parti serta menggamit semula sokongan rakyat khasnya pengundi baru.

“Biarkan pun meraikan perbezaan pandangan dan pendapat, tetapi jangan kita berbeza pendirian apabila membuat keputusan yang besar (PRN).

“Keserasian antara Umno dan Barisan Nasional (BN) bersama dengan parti yang mendokong Kerajaan Perpaduan hendaklah terjamin bukan saja di peringkat nasional, malah perlu juga sehingga ke peringkat lokaliti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-