09/03/2023
Episod pendakwaan terpilih bermotifkan politik dan dendam kesumat berterusan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan petang ini (Khamis, 9 Mac 2023) SPRM memaklumkan telah menahan bekas Perdana Menteri itu pada jam 1 petang di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Penahanan itu dibuat setelah Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhuung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.
SPRM berkata, mereka juga telah mendapat keizinan mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur, esok (10 Mac 2023).
Menurut SPRM, Muhyiddin bakal menghadapi beberapa teruduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pemimpin, penyokong PN dan orang ramai menyifatkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) melakukan pendakwaan terpilih bermotifkan politik dan dendam, untuk melemah dan memburuk-burukkan Bersatu dan PN yang mendapat sokongan padu bangsa Melayu sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 11.15 pagi tadi (Khamis, 9 Mac 2023) bagi memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berkaitan kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa.
Kehadiran Muhyiddin bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, serta pemimpin kanan PN dan penyokong diiringi laungan ‘HIDUP RAKYAT’ sebagai slogan rakyat menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).
Kerajaan PH-BN yang dianggotai PKR, DAP, AMANAH, UPKO, UMNO, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti kecil lain, termasuk Bebas.
Tindakan terhadap pemimpin PN itu dibuat menjelang enam negeri akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai depan.
Beliau menjadi pemimpin terbaru ditahan berhubung program Jana Wibawa.
Sebelum ini, dua pemimpin Bersatu – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad – didakwa di mahkamah bulan lalu kerana meminta dan menerima rasuah berhubung projek berkait Jana Wibawa.
Bendahari Agung Bersatu Salleh Bajuri dibebaskan SPRM pada 3 Mac selepas ditahan dan direman selama dua hari.
Menurut sumber, penahanan Salleh berkait siasatan ke atas program Jana Wibawa dan permohonan dalam talian Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN).
AkuPN ialah inisiatif dilancarkan Perikatan Nasional pada 2021 untuk membantu belia mendapatkan pekerjaan, menghadiri program peningkatan kemahiran atau memulakan perniagaan sendiri.
Pengerusi Perikatan Nasional yang juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.