B Nantha Kumar
Diterbitkan: Jun 17, 2023
Umno tidak boleh menumpang dengan PH selama-lamanya untuk kekal sebagai parti pemerintah, menurut bekas menteri besar Perlis Shahidan Kassim.
Sebaliknya, Shahidan berkata Umno sepatutnya perlu berkerjasama dengan PN.
"Umno sekarang mempunyai 26 kerus parlimen. Parti itu memang parti besar. Tapi, dari segi penyertaan dalam kerajaan itu kecil.
"Jadi, sebenarnya dia tak boleh memerintah hanya dengan menumpang orang. Ini tak boleh lama. Kadang-kadang orang memberi tumpang ini tidak boleh bagi semua.
"Umno ini menumpang dengan PH. Sepatutnya, Umno perlu kerjasama dengan PN," katanya kepada pemberita di sidang media, Hotel Furama, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Shahidan menyertai PN selepas digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU 15. Bagaimanapun, bekas pemimpin Umno itu berjaya mengekalkan kerusi parlimen Arau.
Walaupun, BN dan PN bekerjasama membentuk kerajaan selepas Langkah Sheraton yang meruntuhkan pentadbiran PH pada 2022, namun Umno tidak meneruskan kerjasama itu pada PRU15.
Sebaliknya, BN menubuhkan kerajaan pusat bersama PH, setelah tiada gabungan mendapat majoriti mudah menyebabkan parlimen tergantung.
Sepuluh ‘warlords’ Umno nak masuk PN
Terdahulu, Shahidan berkata sokongan pemimpin Umno kepada PN semakin bertambah.
"Saya ada dengar cerita di PAU (Perhimpunan Agung Umno) ada 10 warlords (pemimpin berpengaruh) Umno akan memasuki PN. Pemimpin Umno ini saya tak ada maklumat.
"Tapi, Umno kat bawah (akar umbi) sokong PN itu betul-betul ramai. Ramai pemimpin Umno akan sokong PN (pada PRN).
Gambar fail, kabinet PN, BN.
"(Pada PRU)... PN menang bukan kerana PAS atau Bersatu tetapi rakyat sokong kami. Kita menang undi dengan izin Allah luar biasa," katanya ketika ditanya adakah pemimpin Umno akan bertindak sokong PN pada PRN di enam negeri.Sementara itu, Shahidan bukan menjadi misi utamanya untuk bertanding pada PRN negeri.
"Misi utama membantu memenangkan PRN di enam negeri. Yang saya tanding itu adalah perkara kedua.
"Sudah pasti, saya tidak ada masalah bertanding. Tapi, terpulang kepada kepimpinan utama PN.
“Saya boleh tanding mana-mana sahaja. Tapi, membantu kemenangan PN masih menjadi perkara utam kepada saya," katanya.
Sebelum ini, Shahidan disebut-sebut bakal bertanding kerusi DUN pada pilihan raya negeri akan datang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.