Thursday, July 27, 2023

Bantuan khas RM300 bagi penjawat awam, RM200 pesara kerajaan

freemalaysiatoday.com
'Ainin Wan Salleh
27 Jul 2023

Lantikan kontrak dan lebih sejuta pesara turut akan menerima bantuan khas itu.
Anwar Ibrahim berkata bantuan tunai khas RM300 akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas RM300 bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

Menteri kewangan itu berkata, veteran tentera dengan atau tanpa pencen turut akan mendapat bantuan khas RM200.

“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam, termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.”

Beliau berkata, ia langkah sementara kerana Putrajaya sedang mengkaji pelarasan gaji penjawat awam, yang dijanjikannya akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.


Pada 13 Julai lalu, Anwar dilaporkan berkata, cadangan akan dibuat bagi skim gaji perkhidmatan awam ditambah baik secara berperingkat, berdasarkan kemampuan ekonomi negara.

Katanya, ia akan dbincangkan dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Zulkapli Mohamed sebelum PRN pada 12 Ogos ini.

Ahad lalu, Anwar berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama mengenai pelarasan skim gaji itu pada minggu depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-