malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Jul 24, 2023 9:39 AM
Bekas pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyindir kepimpinan parti kerana hanya bertanding di 12 kerusi pada pilihan raya negeri Selangor pada 12 Ogos ini.
Berucap pada majlis Perikatan Nasional (PN) di Tanjong Karang, malam tadi, dia berkata Umno akan mendapat jumlah kerusi yang lebih besar jika mereka tidak bersama dengan Pakatan Harapan.
“PN bagus. Kalau kita(PN dan Umno) dah bahagi kerusi, sekurang-kurangnya Umno bertanding kurang-kurang 20 (kerusi) dan kemudian beberapa untuk Bersatu dan PAS.
“Kalau menang, yang jadi MB confirm Umno sebab kita 20 kerusi.
“Tapi sedih sekali, hari ini Umno melukut tepi gantang, hanya dapat tanding 12 kerusi.
“Umno bukan lagi payung tempat orang Melayu berteduh, dah dibocorkan (oleh) Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi,” katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PN di Sungai Burong dan Permatang.
Noh merujuk kepada agihan kerusi di Selangor antara Umno dan sekutunya PH, yang menyaksikan parti itu diperuntukkan dengan 12 kerusi untuk bertanding pada pilihan raya negeri manakala PH mendapat 44 kerusi.
Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai sejumlah 56 kerusi.
Noh dipecat daripada Umno pada Januari berikutan perselisihan dengan Ahmad Zahid, dan sejak itu, dia menyertai PN.
Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut menegur kepimpinan Umno kerana menyerahkan kerusi Hulu Bernam di Selangor kepada PH.
Menurut Noh, Hulu Bernam adalah kubu kuat Umno dan parti itu tidak pernah tewas di situ.
Dia seterusnya menyalahkan Zahid atas keputusan itu.
“Kalau Umno ni kapal, nakhoda sendiri yg nak karamkan kapal. Bawa Umno tumpang kapal PH. PH la karamkan kapal Umno.
“Dalam Hulu Selangor, tak pernah kita kalahlah di (DUN) Hulu Bernam. Tiba-tiba dia boleh bagi kepada PH.
“Eh, mana maruah Umno. Satu kerusi di Dusun Tua kerusi DAP bagi pada BN, tengok Setiausaha Agung DAP Anthony Loke segera mengadu.
"Kenapa Umno berdiam?" soalnya.
Umno pernah bekerjasama dengan PAS di bawah gabungan Muafakat Nasional, sebelum parti itu menjemput Bersatu untuk menyertai mereka.
Umno kemudiannya meninggalkan kerjasama dengan PAS dan Bersatu, yang kemudiannya membentuk PN, menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Bagaimanapun, berikutan prestasi buruknya pada pilihan raya umum lalu, Umno dan sekutunya dalam BN bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PH di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 19, 2024 Ahli Parlimen PKR Hassan Karim menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 oleh Perda...
-
bharian.com.my Oktober 22, 2024 @ 8:34am MALAM sebelum Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan, beliau diliha...
-
kosmo.com.my Oleh KOSMO! 19 Oktober 2024 Anwar tiba di Jakarta petang tadi bagi menghadiri Upacara Pelantikan Presiden dan Wapres Republik I...
-
harakahdaily.net October 20, 2024 Tuan Guru Abdul Hadi Awang “BAGAIMANA dengan perkembangan Hamas sekarang Ayah Chik, mengapa Yahya Sinwar, ...
-
bharian.com.my Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my - Oktober 21, 2024 JOHOR BAHRU: Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan ta...
-
harakahdaily.net October 24, 2024 Mohd Misbahul Munir Masduki KUALA LUMPUR: Kebimbangan rakyat berkenaan isu beras tempatan yang didakwa hil...
-
bharian.com.my Oleh Alzahrin Alias zahrin@mediaprima.com.my Oktober 21, 2024 @ 11:43am Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli - NSTP/ASWADI ALIAS. K...
-
bharian.com.my Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my - Oktober 19, 2024 @ 8:01am Anwar membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan R...
-
freemalaysiatoday.com Bernama -19 Oct 2024, 03:45 PM Perintah Gaji Minimum hanya kecuali ke atas pekhidmat domestik dan kontrak perantisan. ...
-
malaysiakini.com Ili Aqilah & Alyaa Alhadjri & N Faizal Ghazali Diterbitkan: Oct 23, 2024 8:40 PM Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer,...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.