Wednesday, August 9, 2023

SPRM mungkin minta bantuan Interpol cari menantu Muhyiddin

freemalaysiatoday.com
Natasha Busst dan Elill Easwaran
 - 09 Aug 2023

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihak berkuasa itu percaya mereka tahu di negara mana Adlan Berhan berada.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata agensi antirasuah itu bekerjasama dengan polis dan Jabatan Imigresen untuk membekukan pasport Adlan Berhan.

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin meminta bantuan Interpol untuk mengesan Adlan Berhan, menantu bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang kini berada di luar negara.

“Kita mengesyaki dia berada di negara tertentu tetapi kita tidak boleh mendedahkan negara itu,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kepada pemberita selepas satu majlis di sini.

“Kita juga bekerjasama dengan polis dan Jabatan Imigresen untuk membekukan pasportnya.”

Pada Isnin, SPRM berkata ia sedang menjejaki Adlan dan peguam Mansoor Saat untuk membantu siasatannya ke atas projek yang melibatkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Adlan dan Mansoor meninggalkan negara itu pada bulan Mei.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-