Wednesday, August 16, 2023

Zahid langgar janji ‘No Anwar, No DAP’ punca imej parti terjejas: Pemerhati

agendaily.com
16/08/2023
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar janjinya “No Anwar, No DAP” sebelum ini menyebabkan punca utama imej UMNO terjejas sehingga dijauhi akar umbi sendiri.

Pemerhati politik menyifatkan penolakan rakyat dan akar umbi UMNO sendiri sebagai faktor utama parti itu semakin lemah, ia ditambah pula dengan keputusan dibuat oleh Presiden parti yang mengenepikan ketetapan dibuat sebelum ini.

Walaupun Zahid cuba menjelaskan kepada akar umbi rasional untuk bekerjasama dengan DAP dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ia masih tidak dapat menyakinkan akar umbi UMNO yang selama ini sudah didoktrin menolak dua susuk musuh utama parti itu.

Felo kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata, Zahid melanggar janjinya, iaitu “No Anwar, No DAP” apabila memimpin Barisan Nasional (BN) menyertai kerajaan campuran bersama Pakatan Harapan (PH), yang menjejaskan imej parti itu.

Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan PH dan Anwar.

Jeniri berkata, hubungan kerja baharu UMNO dan DAP juga menyebabkan akar umbi semakin berjauh hati.

“Mereka mengutuk DAP lebih lima dekad, tetapi kini bekerjasama dengan DAP, jadi bagaimana mahu mewajarkannya?” katanya dipetik laporan FMT.

Zahid kini berdepan tekanan supaya berundur selepas ramai termasuk veteran parti, Tan Sri Idris Jusoh mendesaknya segera meletak jawatan keputusan mengecewakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu baru-baru ini.

UMNO mengalami kekalahan teruk dalam PRN minggu lalu selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi DUN ditandinginya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-