Thursday, September 21, 2023

Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia, Pemuda Umno beritahu Putrajaya

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters 
21 Sep 2023

Ketuanya, Akmal Saleh berkata, ramai menyedari KR1M ialah ‘kedai terbaik’ untuk rakyat marhaen.
KR1M, sebuah inisiatif bawah pentadbiran BN, dirasmikan pada 2011 ketika Najib Razak menjadi perdana menteri, namun ditamatkan pada 2017. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno meminta Putrajaya mempertimbang mewujudkan semula kedai menjual barangan pada harga murah seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, pada masa rakyat dihimpit kenaikan kos sara hidup, ramai menyedari premis diperkenalkan menerusi pentadbiran Najib Razak itu “kedai terbaik” untuk rakyat marhaen.

“Moga kerajaan kali ini dapat mewujudkan semula kedai seperti ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja.

“Terima kasih Najib Razak atas usaha yang terbaik ini,” menurut Akmal yang juga exco Melaka dalam hantaran di Facebook diikuti #RinduZamanNajib.

KR1M, sebuah inisiatif bawah pentadbiran Barisan Nasional, dirasmikan pada 2011 oleh Najib, perdana menteri ketika itu.

Projek rintis model KR1M bermula di Stesen LRT Kelana Jaya kemudian diperluas ke kawasan rumah kos rendah seperti PPR dan flat, sejajar dengan matlamatnya membantu golongan B40 di kawasan bandar.

Harga barangan yang dijual di KR1M 30% lebih rendah daripada harga pasaran.

KR1M ditutup pada 2017 selepas kontrak pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) ditamatkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-